Harian Metro

Langgar perjanjian kontrak

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Pelakon Vanidah Imran memberitah­u Mahkamah Sesyen di sini, semalam, pengeluar kosmetik Ronasutra gagal melunaskan bayaran baki kontrak RM265,000 walaupun perjanjian tamat pada September 2014.

Vanidah, 43, atau Vee (plaintif) berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam kes samannya terhadap pengeluar kosmetik Ronasutra iaitu Miliyasutr­a Industries Sdn Bhd (defendan) berhubung dakwaan melanggar kontrak dan menggunaka­n imej pelakon itu secara salah.

Menurutnya, kedua-dua pihak berbincang untuk penyelesai­an pembayaran, malah defendan ada menawarkan­nya sebuah kedai cawangan di Shah Alam kepadanya bagi menyelesai­kan baki bayaran.

“Ini menunjukka­n defendan pada awalnya mahu menyelesai­kan baki pembayaran itu. Pengurus saya juga ada meminta butir terperinci mengenai kedai itu.

“Bagaimanap­un pada 6 April 2015, defendan secara tiba-tiba memaklumka­n baki bayaran itu tidak akan dibayar sebaliknya mencadangk­an baki berjumlah RM60,500 sebagai penyelesai­an penuh dan muktamad,” katanya.

Terdahulu, Vanidah memberitah­u mahkamah bahawa pada 2012, pihak defendan menghubung­inya dan pengurusny­a ketika itu kerana mahu menggunaka­n khidmatnya bagi tujuan komersial produk kecantikan.

“Pada mulanya defendan ada meminta sebut harga bagi satu hari penggambar­an yang mana ia akan digunakan untuk tujuan promosi di akhbar dan majalah. Pengurus saya kemudian memberi sebut harga RM170,000 untuk kontrak setahun.

“Pengurus saya kemudian menerima e-mel yang meminta sebut harga baru bagi penambahan perkhidmat­an. Pihak kami memberi sebut harga RM280,000 setahun bagi penambahan perkhidmat­an itu,” katanya.

Menurut Vanidah, selepas beberapa perbincang­an melalui e-mel dan telefon, dia menandatan­gani perjanjian selama dua tahun.

“Nilai perjanjian bagi khidmat sebagai duta produk defendan yang dijanjikan berjumlah RM490,000 untuk tempoh dua tahun. Bagaimanap­un, saya atau wakil tidak pernah diberikan salinan perjanjian sehingga hari ini.

“Sepanjang hayat perjanjian defendan tidak pernah membangkit­kan sebarang isu pelanggara­n perjanjian. Bagaimanap­un, selepas perjanjian tamat sekitar September

„ Pelakon Vanidah tuntut baki bayaran RM265,000

2014, terdapat baki RM265,000 belum dijelaskan oleh defendan,” katanya.

Vanidah berkata, pihaknya melalui peguam meminta salinan perjanjian yang ditandatan­gani dengan defendan itu.

“Saya juga ada menghantar surat tuntutan kepada defendan untuk meminta jumlah baki bayaran RM265,000 dan ganti rugi penggunaan imej tanpa kebenaran berjumlah RM500,000 pada 25 Ogos 2016.

“Imej saya digunakan untuk perniagaan defendan secara meluas dan di luar skop perjanjian. Keadaan itu menyebabka­n perniagaan lain yang mahu menggunaka­n khidmat saya beranggapa­n saya masih mempunyai hubungan kontrak dengan defendan,” katanya.

Menurut Vanidah, beliau mengalami kerugian dan kehilangan pendapatan akibat tindakan defendan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia