Harian Metro

Nafi tukar harga tilam bayi

-

Ipoh: Akibat menukar tanda harga sebuah tilam bayi untuk mendapatka­n harga murah, suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan menipu yang dilakukan di sebuah pasar raya, di sini, Jumaat lalu.

Tertuduh, Saddam Abdullah, 57, dan Siti Aishah Abdullah, 56, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.

Saddam dan Siti Aishah dituduh menipu juruwang Nur Ayuni Hishammudd­in, 22, dengan menukar tanda harga sebuah tilam bayi jenama C-CBHAUS PE FOLD daripada harga RM233 kepada RM26.90 di Pasaraya AEON Big Falim, di sini.

Tindakan kedua-dua mereka yang dilakukan jam 11.17 pagi, 7 April lalu itu menyebabka­n juruwang berkenaan mempercaya­i dan menerima bayaran daripada mereka.

Suami isteri berkenaan didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau boleh didenda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh diwakili peguam Raja Mohd Iskandar Zulkharnia­n Raja Abdul Malek.

Terdahulu, Raja Mohd Iskandar Zulkharnia­n memohon mahkamah mengenakan ikat jamin minimum kepada kedua-dua anak guamnya itu memandangk­an mereka tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.

Dalam rayuannya itu, dia berkata, Saddam menghidap beberapa penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan kemurungan, manakala Siti Aishah menghidap kencing manis dan kemurungan.

Siti Salwa kemudian membenarka­n kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM3,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 3 Mei ini.

 ??  ?? SITI Aishah dan Saddam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu dengan menukar tanda harga barangan di AEON Big Falim pada 7 April lalu di Mahkamah Majistret, Ipoh.
SITI Aishah dan Saddam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu dengan menukar tanda harga barangan di AEON Big Falim pada 7 April lalu di Mahkamah Majistret, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia