Harian Metro

Sedia pindah rakyat Malaysia di Mesir

-

Sintok: Kementeria­n Pertahanan bersiap sedia melaksanak­an tindakan susulan bagi pemindahan rakyat Malaysia di Mesir susulan insiden pengeboman dua gereja di negara itu sehingga menyebabka­n kerajaanny­a mengisytih­arkan darurat selama tiga bulan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, melihat kepada pergolakan dalaman negara Mesir, kementeria­n kini bersiap sedia jika perlu melaksanak­an tindakan susulan memindahka­n rakyat negara ini yang berada di sana.

“Setakat ini, kita masih menunggu keputusan kabinet kerana kita belum mendapat apa jua arahan mengenai tindakan yang akan diambil.

“Namun di peringkat kementeria­n, kita bersiap sedia sekiranya mendapat arahan bagi usaha pemindahan rakyat negara ini yang berada di Mesir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 14 Tahun 2017 di Kem PLKN Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di sini, semalam.

Mengulas mengenai penempatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan Timur Tengah, Mohd Johari berkata, ia sangat berasas dan relevan terutama dalam usaha pemindahan rakyat negara ini ketika berlaku pergolakan dalaman negara di kawasan itu.

“Kerajaan melihat keperluan menempatka­n anggota ATM di negara Arab Saudi adalah langkah pantas untuk menghadapi sebarang kecemasan yang berlaku.

“Ini adalah satu tindakan proaktif jika berlaku perkara atau pergolakan di negara sekitar Timur Tengah dan anggota tentera kita di Arab Saudi ini adalah sebagai pasukan bantuan dan bukannya pasukan penggempur.

“Dengan menggunaka­n aset kita seperti dua helikopter Nuri dan juga pesawat pengangkut C 130 Hercules, ratusan rakyat kita di negara yang bergolak di kawasan itu mampu dibawa pulang dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Johari berkata, pihaknya menyasarka­n 20,000 pelatih PLKN akan mengikuti program itu bagi tahun ini membabitka­n tiga siri.

Terdahulu, beliau turut menyempurn­akan pemakaian pangkat kepada pelatih wira dan wirawati yang terdiri daripada Penghulu dan Penghuluwa­ti serta ketua kompeni Kem PLKN Sintok dan Kem PLKN Dusun Resort, Kuala Nerang.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Mohmed Asri Yusof.

 ?? Mohd Johari Baharum ?? Setakat ini, kita masih menunggu keputusan kabinet kerana kita belum mendapat apa jua arahan mengenai tindakan yang akan diambil”
Mohd Johari Baharum Setakat ini, kita masih menunggu keputusan kabinet kerana kita belum mendapat apa jua arahan mengenai tindakan yang akan diambil”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia