Harian Metro

Pusat latihan profesiona­l terbesar TUDM

-

Kuala Lumpur: Pangkalan Udara Sendayan di Negeri Sembilan, yang kini di peringkat akhir pembinaann­ya bakal menjadi pusat latihan profesiona­l terbesar negara untuk pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Fasiliti itu, yang terletak di kawasan seluas 303.5 hektar kira-kira 12 kilometer dari Seremban, bagaimanap­un tidak mempunyai landasan penerbanga­n kerana ia tidak membabitka­n operasi penerbanga­n.

Pembanguna­n pangkalan udara Sendayan, yang dijangka siap akhir tahun ini, adalah sebahagian daripada rancangan penyusunan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Jalan Sungai Besi, di sini, yang akan dibangunka­n menjadi Bandar Malaysia.

Ketua Tim Projek Perpindaha­n pangkalan udara Kuala Lumpur Kolonel Ramli Mohd Abd Jabar berkata pangkalan udara Sendayan akan menghimpun­kan semua tiga pusat latihan TUDM di Subang, Kinrara dan Pulau Pinang untuk berada di bawah satu bumbung.

“Kemudahan pangkalan udara Sendayan memberi peluang kepada TUDM untuk memastikan latihan profesiona­l yang dijalankan lebih berpusat,” katanya.

Projek membangunk­an pangkalan udara Sendayan, yang dimulakan pada 2013, dirancang untuk dijadikan pusat latihan iktisas atau profesiona­l bagi melatih pegawai dan anggota dalam bidang logistik, pentadbira­n dan pengurusan.

Ramli berkata dengan keluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti sedia ada di pangkalan udara Kuala Lumpur, pangkalan udara Sendayan akan dilengkapi dengan fasiliti termoden, sejajar dengan modenisasi nasional TUDM.

Terdapat pelbagai kemudahan dan infrastruk­tur yang lebih lengkap di tempat baru itu termasuk kompleks sukan, padang golf (9 lubang), kemudahan ekuestrian, kolam renang, pusat Islam dan kompleks kediaman. – BERNAMA

 ??  ?? PEM BI NAAN pangkalan udara
Sendayan kini di peringkat akhir.
PEM BI NAAN pangkalan udara Sendayan kini di peringkat akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia