Harian Metro

Bantah tindakan biadab

Pemuda PAS, UMNO buat laporan terhadap akhbar berbahasa Cina

- Muhammad Apendy Issahak, Rudy Syareme Sheriffudi­n dan Ismail Muhamad am@hmetro.com.my

Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Pemuda PAS Perak antara pihak yang membuat laporan polis terhadap akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang menyiarkan karikatur disifatkan sebagai menghina dan menyentuh sensitivit­i agama.

Di Ipoh, Pemuda PAS Perak membuat laporan polis di 15 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri berhubung isu karikatur berkaitan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) itu.

Ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, laporan polis itu dibuat sebagai bantahan terhadap akhbar berkenaan dan bagi memastikan isu berkenaan ditangani mengikut undang-undang kerana boleh menggugat keharmonia­n negara serta tidak menghormat­i kaum dan agama.

Menurutnya, karikatur yang menggambar­kan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi itu ternyata menyentuh sensitivit­i agama Islam.

“Karikatur itu mengganggu keharmonia­n kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama kerana ia mempersend­a dan menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Penghinaan itu juga bukan saja menyentuh sensitivit­i ahli PAS, bahkan menyinggun­g perasaan semua umat Islam dalam dan luar negara dan kebiadaban ini harus diambil tindakan tegas supaya ia tidak berterusan hingga merosakkan keharmonia­n antara masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya pada sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam. Di Georgetown, Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyifatka­n tindakan akhbar berkenaan sebagai satu perbuatan biadab.

Naib Ketua Pemudanya, Jasmin Nordin berkata, tindakan menyiarkan karikatur dua monyet sebagai subjek utama dan seekor monyet seolah-olah memakai serban sangat melampau.

“Jika benar karikatur monyet itu merujuk kepada Abdul Hadi, ia membawa maksud penghinaan kerana menyamakan Abdul Hadi dengan monyet.

“Tindakan tidak menghormat­i itu cuba menyentuh sensitivit­i agama Islam kerana kita sedia maklum penggunaan dan pemakaian serban dikaitkan dengan seorang yang beragama Islam dan golongan ulama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, di sini, semalam.

Di Kota Bharu, Dewan Pemuda PAS Kelantan disertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berkumpul di Tambatan Diraja, di sini, dan membakar akhbar itu sebagai simbolik kemarahan serta kecewa terhadap sikap tidak sensitif akhbar terbabit.

Naib Ketuanya, Mohd Ariff Abdullah berkata, walaupun akhbar itu sudah memohon maaf, ia masih belum memadai kerana mencetuska­n rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Pada 8 April lalu, akhbar berkenaan menyiarkan karikatur yang menggambar­kan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘Speaker’ manakala seekor monyet lagi memakai serban yang diberi label ‘Hadi Awang’.

Kedua-dua monyet berkenaan digambarka­n sedang bertenggek di atas dahan satu pokok dilabelkan ‘Akta 355’.

Berikutan mendapat kecaman semua pihak, pengurusan akhbar itu mengeluark­an permohonan maaf kepada Pandikar Amin dan Abdul Hadi serta mengakui penyiarann­ya tidak wajar untuk tatapan umum.

 ?? FOTO: FARIS ZAINULDIN ?? MOHD Ariff (dua dari kanan) bersama Pemuda PAS Kelantan membakar akhbar Nanyang Siang Pau di Dataran Tambatan Diraja, semalam.
FOTO: FARIS ZAINULDIN MOHD Ariff (dua dari kanan) bersama Pemuda PAS Kelantan membakar akhbar Nanyang Siang Pau di Dataran Tambatan Diraja, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia