Harian Metro

Pusat imarah ummah

- Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

„ Keperluan mendesak bina masjid di Taupo

Menyedari keperluan mendesak membantu orang Islam minoriti di Taupo, New Zealand, sebuah pusat Islam lengkap dengan masjid dirancang dibina, sekali gus menyantuni golongan Muslim di wilayah berkenaan.

Pengerusi Badan Amanah Islam dan Pembelajar­an Taupo Abdul Kuddus berkata, biarpun umat Islam di negara itu minoriti, wujud keperluan membina pusat Islam dan masjid bagi keperluan pelancong Muslim.

Menurutnya, wilayah Taupo terletak di tengah-tengah bandar yang menghubung­kan Auckland dan Wellington menyebabka­n kedudukan itu sangat strategik.

“Setakat ini, umat Islam di Taupo tiada masjid sempurna seperti di negara Islam lain termasuk Malaysia. Kami mendirikan solat

Jumaat di merata-rata tempat termasuk di motel.

“Alhamdulil­lah, selepas kami membeli rumah satu tingkat di Taupo, semua aktiviti masjid dilaksanak­an di rumah itu termasuk solat Jumaat,” katanya.

Abdul berkata, rumah itu mampu memuatkan 50 jemaah dalam satu-satu masa dan ia tidak mampu menampung pertambaha­n jemaah.

Beliau berkata, rumah itu dibeli dengan nilai RM1.7 juta menerusi pinjaman daripada individu tertentu. “Daripada jumlah keseluruha­n itu, kami membayar semula lebih separuh pinjaman dan hanya berbaki RM480,000 lagi. Manakala kos bulanan rumah ini RM1,200.

“Kami tiada sumber dana tetap dan semua bergantung kepada derma orang ramai termasuk rakyat Malaysia.

“Kami merancang merobohkan rumah ini dan membina semula kompleks pusat Islam di atas tanah keluasan 1,017 meter persegi ini dengan kerjasama Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care),” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Muslim Care Zakaria Abd Latif berkata, pihaknya akan membantu reka bentuk dan kutipan dana daripada rakyat Malaysia.

“Untuk tujuan itu, kami mengharapk­an orang ramai menyalurka­n derma menerusi akaun Muslim Care Maybank 5644904138­82, RHB Bank 2621200000­4747, Bank Islam 1401401014­7470 atau kepada UTM Humanitari­an Mission melalui CIMB Bank 8602777801.

“Kami akan melakukan lawatan tapak di New Zealand pada Mei ini dan melihat bantuan diperlukan,” katanya.

“Pembinaan pusat Islam ini juga akan dilaksanak­an secara berfasa bergantung kepada kutipan dana semasa,” katanya.

Maklumkan sumbangan menerusi mesej pesanan ringkas atau WhatsApp berkenaan sumbangan untuk Masjid Taupo kepada Johari Ismail di talian 016-9978323 atau Zakaria Abd Latiff (012-6935938).

 ??  ?? ZAKARIA (kanan) berbincang dengan Abdul di Taupo.
ZAKARIA (kanan) berbincang dengan Abdul di Taupo.
 ??  ?? SARA tampil beri penjelasan.
SARA tampil beri penjelasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia