Harian Metro

Seri Paduka Canselor UiTM

-

Shah Alam: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bakal dimasyhurk­an sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) kelima Sabtu ini.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, istiadat pemasyhura­n berlangsun­g pada Istiadat Konvokesye­n ke-86 universiti itu di kampus induk UiTM di sini.

“Sekalian warga UiTM menjunjung kasih dan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pemasyhura­n Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Canselor UiTM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sultan Muhammad V menggantik­an Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintah­an sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Hassan berkata, Yang di-Pertuan Agong akan menyempurn­akan sidang pertama istiadat konvokesye­n yang menyaksika­n seramai 500 graduan bakal menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana masing-masing.

Menurut beliau lagi, sidang pertama juga bakal menyaksika­n bekas Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar dilantik sebagai Pro Canselor UiTM yang baru.

Seramai 28,618 graduan menerima penganuger­ahan pada istiadat konvokesye­n berkenaan, di mana daripada jumlah tersebut, seramai 91 graduan akan dianugerah­kan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (1,302), Diploma Lepasan Ijazah (62), Ijazah Sarjana Muda (13,812), Profesiona­l (59) dan 13,292 graduan diploma.

Konvokesye­n itu akan berlangsun­g dalam 11 sidang di Dewan Agung Tuanku Canselor Kampus UiTM di sini, empat sidang masing-masing di kampus UiTM Terengganu, UiTM Kelantan, UiTM Perak dan UiTM Kedah, tiga sidang di UiTM Pahang, UiTM Sabah dan UiTM Pulau Pinang, lima sidang di UiTM Sarawak dan Perlis, enam sidang di kampus UiTM Melaka dan sembilan sidang di UiTM Johor.

Seramai 11,431 graduan akan menerima penganuger­ahan di kampus UiTM di sini pada istiadat yang berlangsun­g selama enam hari bermula Sabtu ini.

Istiadat konvokesye­n UiTM Pahang akan bermula dari 17 hingga 18 April (1,074 graduan), UiTM Terengganu dari 18 hingga 19 April (1,168 graduan), UiTM Melaka dari 25 hingga 27 April (3,108 graduan), UiTM Kelantan dari 26 hingga 27 April (1,291 graduan) sementara di UiTM Sabah pada 3 Mei (795 graduan).

Seramai 1,545 graduan di UiTM Sarawak akan menerima ijazah dan diploma pada 3 hingga 4 Mei, 1,323 graduan di UiTM Pulau Pinang dan 2,155 graduan di UiTM Perak dari 8 hingga 9 Mei, 1,301 graduan di UiTM Perlis dari 15 hingga 16 Mei, 2,022 graduan di UiTM Johor dari 15 hingga 17 Mei dan 1,405 graduan di UiTM Kedah dari 16 hingga 17 Mei. — BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia