Harian Metro

HIKAYAT BATU MEGALITIK

-

di Pangkalan Kempas dan Pulau Sebang di Tampin serta Kampung Penajis di Rembau.

Namun ia paling banyak ditemui di sekitar Kuala Pilah antaranya di Kampung Ulu Bendul, Kampung Terachi, Kampung Tanjung Ipoh, Kampung Gedang, Kampung Padang Lebar, Kampung Kundangan Kiri, Kampung Masjid, Kampung Parit Tengah dan Kampung Talang.

Walaupun segelintir masyarakat terutama generasi muda tidak mengambil kisah mengenai batu ini namun hakikat kewujudann­ya masih misteri kerana belum ada fakta tepat mengenai kedudukan sebenar.

Bagi sebahagian penduduk Kuala Pilah, mereka menganggap batu megalitik ini mempunyai kaitan dengan sejarah nenek moyang yang digunakan sebagai batu nisan.

Maznah Nazal, 61, dari Kampung Terachi berkata, pihaknya diberitahu secara lisan oleh ahli keluarga terdahulu batu itu dijadikan penanda bagi tanah perkuburan.

Menurutnya, suatu ketika dulu, ahli keluarga yang meninggal akan dikebumika­n di dalam kawasan sendiri atau halaman rumah dan batu berkenaan dijadikan sebagai batu nisan.

“Sejarah batu ini begitu lama dijangkaka­n kira-kira enam generasi terdahulu.

Saya difahamkan batu ini diambil dari sungai di kawasan sekitar, tetapi ratarata penduduk percaya batu ini hidup.

“Saya masih ingat lagi ketika kanak-kanak, batu ini tingginya hanya paras lutut orang dewasa, tetapi sekarang melebihi paras pinggang dan ada yang sama tinggi dengan orang dewasa.

“Ia misteri kerana ada di antara batu yang berusia ratusan tahun ini seolaholah mempunyai akar dan membesar,” katanya ketika ditemui.

Abu Zarin Abd Manaf, 60, dari Kampung Ibol Terachi yang juga anak jati kampung itu juga sependapat batu megalitik dijadikan penanda bagi tempat pengkebumi­an nenek moyang.

Dia yang tidak mengetahui asal usul batu itu mendakwa batu berkenaan kekal hidup berdasarka­n tahap ketinggian­nya berbeza.

Bagaimanap­un, Abu Zarin akui sehingga kini tiada kejadian buruk atau sebarang gangguan yang menimpa ahli keluarga atau penduduk yang dikaitkan dengan batu berkenaan.

“Batu megalitik ini unik kerana tidak ditemui batu serupa dengannya namun ia dipercayai hidup kerana dilihat semakin meninggi walaupun tempoh lama,” katanya.

Ahmad Zakaria Hamid,

75, dari Tanjong Ipoh juga mengakui batu megalitik mempunyai hubung kait dengan nenek moyang dan

 ??  ?? BATU megalitik
yang terdapat di tanah perkuburan
perkampung­an Terachi Kuala Pilah.
BATU megalitik yang terdapat di tanah perkuburan perkampung­an Terachi Kuala Pilah.
 ??  ?? AZIZ
AZIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia