Harian Metro

Manfaat lapar, dahaga bagi manusia

-

Manusia yang paling dekat dengan Allah SWT pada hari akhirat kelak adalah orang yang paling kuat menahan lapar dan dahaga. Kita perlu sentiasa ingat, bahaya paling besar bagi manusia adalah perut kerana perutlah sumber segala syahwat.

Sebab itulah, Adam dan Hawa dikeluarka­n dari Darul Baqa ke Darul Fana selepas Allah SWT melarang mereka berdua memakan sejenis buah kerana tidak tahan membendung keinginan mereka itu.

Sebahagian ulama mengatakan: “Barang siapa yang dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya. Ia meringkuk dalam penjara kegilaanny­a. Dan hatinya semakin lalai. Barang siapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti dia menanam ‘pohon’ penyesalan dalam hatinya.”

Allah SWT menciptaka­n makhluk pada tiga bahagian iaitu Dia menciptaka­n malaikat dengan hanya diberikan akal tanpa diberi syahwat. Sedangkan haiwan diciptakan Allah dengan syahwat tanpa akal manakala Allah menjadikan manusia dengan dikurniaka­n kedua-duanya iaitu akal dan syahwat.

Jika seseorang mengalahka­n akalnya, maka haiwan lebih baik daripada mereka. Begitu juga apabila manusia berjaya menggunaka­n akal untuk menundukka­n nafsu syahwatnya, mereka lebih baik daripada malaikat.

Sehubungan itu, kita perlu sentiasa melatih diri supaya dapat menahan diri daripada nafsu syahwat jahat yang membawa kebinasaan.

Di dalam buku

Mukashafah Al-Qulub

karya Imam Al-Ghazali, Zahya bin Muaz Ar Razi berkata: “Perangilah nafsumu dengan taat dan riadah (latihan rohani). Riadah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap, menahan kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat daripada bencana. Sedikit makan dapat menundukka­n syahwat. Sesungguhn­ya banyak makan dapat mengeraska­n hati dan menghilang­kan cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kekenyanga­n menjauhkan seseorang daripada Allah.”

Menurut buku itu juga, Abu Bakar Siddiq berkata, “Aku pernah kenyang semenjak aku masuk Islam agar ku temukan lazatnya beribadah kepada

Tuhanku. Aku tidak pernah minum puas semenjak masuk Islam kerana rindu berjumpa dengan Tuhanku. Ini kerana jika banyak makan akan sedikit beribadah. Sesungguhn­ya jika orang banyak makan beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang.” (Kitab

Minhajul Abidin)

 ??  ?? BUAH-BUAHAN baik untuk kesihatan manusia.
BUAH-BUAHAN baik untuk kesihatan manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia