Harian Metro

Dugaan berat

-

„ Ibu tunggal 9 anak buntu terus kehidupan selepas kematian suami akibat diabetes, kanser

“Dugaan ini sangat berat buat saya dan anak, buat masa ini saya masih buntu memikirkan masa depan kami,” demikian luahan ibu tunggal, Masfozah Masbah, 42, selepas kematian suaminya, Shahiron Ismail 10 hari lalu.

Menurut ibu kepada sembilan anak itu, dia bingung memikirkan masa depan bersama anaknya selepas hilang tempat bergantung apabila suaminya meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis dan kanser tulang.

Katanya, akibat terputus sumber kewangan dia terpaksa mengharapk­an ihsan jiran dan rakan arwah suaminya untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Kami kini hilang punca pendapatan. Sebelum ini, semua bergantung kepada arwah suami, tetapi kini kami sekeluarga tidak mempunyai apa-apa.

“Arwah suami pula sebelum ini bekerja sebagai mekanik jentera berat namun penyakit kencing manisnya semakin kronik menyebabka­n dia tidak lagi mampu bekerja.

“Sekarang saya tidak tahu bagaimana masa depan kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Berjaya Permai, Sungai Soi, di sini, semalam.

Masfozah berkata, anaknya berusia dua tahun hingga 20 tahun dan enam daripada mereka masih bersekolah.

“Tetapi saya bersyukur sebab suami sudah habis membayar rumah dan tidak lagi membebanka­n kami apabila perlu membayar sewa rumah.

“Saya juga akan pastikan semua anak saya bersekolah, sebab saya mahu lihat mereka habis belajar dan menjadi insan yang berguna,” katanya.

Katanya, anak sulungnya yang berusia 20 tahun sudah bekerja di bandar Kuantan dan sedikit sebanyak membantu keluarga dalam membeli barangan keperluan harian.

“Walaupun susah, saya mahu membesarka­n semua anak saya kerana arwah suami sebelum meninggal dunia berpesan jangan memberi anak kepada orang lain.

“Jika susah bagaimana sekali pun, jaga anak-anak dengan baik, beri pendidikan yang sempurna kepada mereka. Saya akan ingat pesan suami,” katanya.

Dalam pada itu, dia merancang berniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumah untuk menampung perbelanja­an keluarga pada masa akan datang.

“Namun, saya tiada modal dan amat harapkan bantuan orang ramai untuk membolehka­n saya memulakan perniagaan,” katanya.

Bagi yang ingin membantu meringanka­n beban Masfozah, sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Maybank 1010119624­14 atas nama Masfozah Masbah atau menghubung­inya terus di talian 019-9899696.

 ?? Masfozah Masbah ?? MASFOZAH (tengah) bersama anak-anaknya di rumah mereka di Taman Berjaya Permai, Sungai Soi. Kami kini hilang punca pendapatan. Sebelum ini, semua bergantung kepada arwah suami, tetapi kini kami sekeluarga tidak mempunyai apa-apa”
Masfozah Masbah MASFOZAH (tengah) bersama anak-anaknya di rumah mereka di Taman Berjaya Permai, Sungai Soi. Kami kini hilang punca pendapatan. Sebelum ini, semua bergantung kepada arwah suami, tetapi kini kami sekeluarga tidak mempunyai apa-apa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia