Harian Metro

Pertanding­an esei, rakaman video

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Cabutan bertuah bernilai kira-kira RM1 juta bakal dimenangi ahli UMNO yang menghadiri sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada 11 Mei ini.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, hadiah utama terdiri daripada enam kereta nasional iaitu Proton Perdana, Suprima, Persona, Preve, Iriz, Saga dan sebuah Perodua Myvi serta 10 motosikal.

Katanya, hanya ahli UMNO yang turut mendaftar sebagai pemilih dan menghadiri sambutan kemuncak di stadium layak memenangi cabutan bertuah itu.

“Mereka juga perlu mendaftar hadir di Bukit Jalil menerusi aplikasi Malaysia4a­ll bermula hari ini sehingga 12 tengah hari, 10 Mei,” katanya dalam sidang media Ulang tahun UMNO ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Menurutnya, bagi memastikan ketelusan, sebuah agensi audit antarabang­sa dilantik bagi mengawal selia cabutan bertuah berkenaan.

Katanya, pelbagai program

Kuala Lumpur: Pihak urus setia sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 turut menganjurk­an pertanding­an esei dalam bahasa Malaysia dan Inggeris serta rakaman video berdurasi tidak melebihi tiga minit bertemakan ‘tujuh dekad membangunk­an bangsa’.

Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori bakal menerima wang tunai RM5,000, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga) serta hadiah iringan berupa plak dan gajet.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, mereka yang berminat menyertai pertanding­an tersebut boleh menghantar esei tidak melebihi akan diadakan untuk menyemarak­kan lagi sambutan di peringkat bahagian, negeri dan ibu pejabat termasuk acara sukan seperti bola sepak dan tarik tali. Beliau berkata, larian bendera 1,500 patah perkataan dan video menerusi e-mel eseiumno71@gmail.com.

Katanya, bagi rakaman video atau kreatif digital, peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya satu video yang akan disenaraik­an pada peringkat akhir pertanding­an.

“Peserta mestilah juga memiliki akaun Facebook dan YouTube bagi membolehka­n hasil karya berkenaan dimuatnaik ke dalam akaun media sosial itu. Peserta juga mesti mengisi borang penyertaan di laman web http://bit.ly/videoumno7­1.

“Semua penyertaan hendaklah diterima urus setia sebelum jam 5 pm 8 Mei 2017,” katanya. akan diadakan di empat penjuru secara serentak bermula 1 Mei di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah sebelum berakhir di Bukit Jalil pada 11 Mei.

Menurutnya, Pemuda UMNO juga akan mengadakan karnival kerjaya di pekarangan stadium pada 10 Mei ini.

“Kita juga akan anjurkan beberapa pendekatan baharu iaitu pertanding­an esei dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta video pendek tidak melebihi tiga minit bertemakan Tujuh Dekad Membangunk­an Bangsa yang menawarkan hadiah wang tunai, gajet dan plak,” katanya.

 ??  ?? PERTUBUHAN Melayu dari semua negeri di Tanah Melayu menghadiri mesyuarat di Istana Besar Johor Bahru untuk menubuhkan PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) yang kemudiaany­a dikenali sebagai UMNO.
PERTUBUHAN Melayu dari semua negeri di Tanah Melayu menghadiri mesyuarat di Istana Besar Johor Bahru untuk menubuhkan PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) yang kemudiaany­a dikenali sebagai UMNO.
 ??  ?? PEMANDANGA­N perhimpuna­n agung semasa PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), perintis UMNO, ditubuhkan, Perhimpuna­n diadakan di Dewan Singgahsan­a Takhta Kerajaan, Istana Besar, Johor Bahru.
PEMANDANGA­N perhimpuna­n agung semasa PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), perintis UMNO, ditubuhkan, Perhimpuna­n diadakan di Dewan Singgahsan­a Takhta Kerajaan, Istana Besar, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia