Harian Metro

Kini dah berjaya

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

“Saya hampir putus asa dan berhasrat menutup perniagaan selepas tiada keuntungan diperoleh pada tiga tahun pertama beroperasi,” kata Pengarah Urusan Mitra Food Industries Sdn Bhd Roslaimi Arifin.

Roslaimi yang juga usahawan entreprene­ur Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) antara 19 usahawan cemerlang yang dibimbing Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Usahawan kopi kelahiran Kelantan itu kini boleh menarik nafas lega apabila perniagaan kopinya mula mendapat tempat di pasaran termasuk di China dan selatan Thailand selepas mendapat bimbingan daripada ECERDC.

Menurutnya, perniagaan­nya mula mendapat keuntungan pada tahun keempat operasi menerusi minuman kesihatan unik keluaranny­a, halia telur puyuh.

“Buat masa ini, kami mengeluark­an 12 jenis kopi menerusi tiga segmen utama iaitu tongkat ali, brazilian capucino dan kopi putih,” katanya pada majlis Anugerah Usahawan Gemilang entreprene­ur ECER di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, ECER banyak membantu dari segi khidmat nasihat dan menaik taraf imej produk selain bantuan pinjaman untuk memperluas­kan perniagaan.

Roslaimi adalah penerima Anugerah Usahawan Gemilang entreprene­ur ECER dalam kalangan 19 usahawan cemerlang lain di ECER.

„ ECERDC iktiraf 19 usahawan gemilang tingkat ekonomi

Sementara itu, usahawan orang kelainan upaya (OKU) yang juga pengusaha kuih baulu Latif Nor Sohor, 40, dari Kuantan, Pahang berkata, dia dan isteri, Noraini Awaludin, 38, berjaya meningkatk­an pendapatan daripada RM4,000 kepada RM15,000 sebulan hasil bimbingan ECERDC sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, usahawan cemerlang berkenaan dipilih daripada latar belakang termasuk kategori usahawan mikro, Orang Asli, OKU dan wanita.

 ??  ?? NAJIB diiringi Jebasingam (kiri) menyampaik­an anugerah Usahawan Gemilang ECER kepada Roslaimi pada majlis Anugerah Usahawan Gemilang ECER 2017 di Putrajaya.
NAJIB diiringi Jebasingam (kiri) menyampaik­an anugerah Usahawan Gemilang ECER kepada Roslaimi pada majlis Anugerah Usahawan Gemilang ECER 2017 di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia