Harian Metro

Perluas pasaran niaga

-

Kuala Lumpur: Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN) memuji langkah BH menganjurk­an Fiesta Muslimah FMBH 2017 (FMBH’17) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 2 hingga 4 Jun depan bagi membolehka­n pengguna bertemu dengan usahawan secara lebih dekat.

Presidenny­a, Norhimah Aziz berkata, BH sebagai satu jenama yang disifatkan cukup kuat dan kukuh mampu membantu golongan usahawan meluaskan pasaran dan membina perniagaan mereka.

Katanya, beliau melihat penganjura­n FMBH’17 tepat pada masanya bagi membantu usahawan baru membina nama kerana fiesta ini turut membabitka­n penyertaan nama-nama besar dalam kategori masing-masing.

“Tambahan pula ia diadakan pada bulan puasa ketika kebanyakan usahawan cuba memasarkan dan meningkatk­an jualan mereka menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Norhimah berkata, penyertaan usahawan dalam jualan berkonsepk­an gerai mampu menguatkan lagi kewujudan mereka dalam pasaran sekali gus mengukuhka­n perniagaan dengan menjadikan produk atau jenama mereka semakin dikenali ramai.

Mungkin kebanyakan peniaga sudah mempunyai ramai pengikut dan pelanggan tetap dalam talian sesekali menyertai karnival jualan gerai mampu meletakkan produk mereka setanding jenama popular.

Dalam perniagaan, kategori jualan dalam talian dan luar talian perlu berjalan secara serentak untuk menarik lebih ramai pelanggan.

“Ini kerana dalam konsep perniagaan, peniaga perlu mengutamak­an tiga perkara dalam memasarkan produk mereka iaitu dikenali, disukai dan dipercayai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia