Harian Metro

Jumpat mayat wanita atas katil Bos joli sakan hasil derma ditahan

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Pekerja hotel yang mahu mengemas bilik dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita warga Filipina di sebuah hotel di Jalan Petaling, di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian disedari jam 8.25 pagi itu ketika pekerja hotel terbabit mahu mengemas bilik mangsa.

Menurut sumber, mangsa yang berusia

30-an itu dikatakan tinggal di hotel itu sehari sebelum kejadian.

“Mayat wanita terbabit dalam keadaan telentang dan berpakaian lengkap.

“Pemeriksaa­n mendapati tiada kesan lebam atau kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya.

Berdasarka­n siasatan awal, mangsa dipercayai mati akibat serangan asma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Kononnya bergerak sebagai sukarelawa­n dan berbakti kepada rumah kebajikan dengan mengutip sumbangan derma daripada orang ramai.

Bagaimanap­un, seramai 19 individu termasuk remaja terbabit adalah ‘hamba’ sindiket pemerdagan­gan manusia yang memaksa mereka melakukan tugas itu setiap hari.

Wang derma dikutip yang didakwa akan disalurkan kepada badan kebajikan tempatan ‘disapu’ oleh empat dalang sindiket itu.

Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Mahkota Cheras, di sini, malam Khamis lalu dan menahan empat dalang utama sindiket pemerdagan­gan manusia itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dalam serbuan berkenaan pihaknya menyelamat­kan 19 individu dipercayai mangsa sindiket berkenaan.

“Polis menerima maklumat berhubung sindiket yang menggunaka­n sekumpulan remaja dan kanak-kanak untuk mengutip derma daripada orang ramai di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pihaknya menyelamat­kan 15 lelaki dan empat wanita berusia antara 17 hingga 28 tahun.

“Mangsa dipercayai diarah mengutip derma bagi rumah anak yatim dan badan kebajikan. Bagaimanap­un, sehingga kini pihak kami mendapati tiada sebarang pertubuhan berdaftar untuk mengutip derma berkenaan.

“Mangsa akan diarah mengutip derma dan pulang ke rumah berkenaan pada waktu malam sebelum menyerahka­n semua hasil derma kepada sindiket. Bagaimanap­un, kami masih menyiasat pembabitan dan kaedah mangsa direkrut,” katanya.

Menurutnya, semua suspek direman hingga 13 April, manakala mangsa dihantar ke rumah perlindung­an selepas mendapat arahan perintah perlindung­an interim (IPO) dari mahkamah.

„ 15 remaja, 4 wanita dipaksa raih simpati diselamatk­an polis

 ??  ?? KAKITANGAN MBPJ maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
KAKITANGAN MBPJ maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
 ?? Fadzil ?? Mangsa akan diarah mengutip derma dan pulang ke rumah berkenaan pada waktu malam sebelum menyerahka­n semua hasil derma kepada sindiket”
Fadzil Mangsa akan diarah mengutip derma dan pulang ke rumah berkenaan pada waktu malam sebelum menyerahka­n semua hasil derma kepada sindiket”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia