Harian Metro

55,609 siap

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

„ Sasar 80,000 unit RUMAWIP menjelang 2020

Sebanyak 55,609 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) sudah dibangunka­n sejak ia mula dilancarka­n pada 2013.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, unit berkenaan adalah keseluruha­n daripada 80,000 unit RUMAWIP yang bakal disiapkan menjelang 2020.

“Pencapaian pembanguna­n RUMAWIP ini adalah hasil kerjasama dengan pemaju swasta yang menyahut seruan kementeria­n untuk memberi peluang kepada masyarakat memiliki kediaman sendiri melalui projek RUMAWIP.

“Sehingga kini, lima pemaju swasta sudah bekerjasam­a dengan kementeria­n bagi membangunk­an projek perumahan itu. Kami berharap selepas ini lebih ramai lagi pemaju yang berminat dalam projek ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran dan Sesi Cabutan Undi RUMAWIP Residensi Rimbunan di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Adnan Md Ikshan dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M Kayveas.

Adnan berkata, petunjuk digunapaka­i dalam pengiraan sasaran adalah dengan mengambil kira projek di bawah kategori ‘Siap’, ‘Dalam Pembinaan’ dan ‘Kelulusan Perintah Pembanguna­n’.

“Ketika ini, kementeria­n dan agensi di bawahnya sentiasa berusaha memastikan projek di peringkat Kelulusan Perintah Pembanguna­n dapat dipercepat­kan ke peringkat pembinaan supaya ia dapat ditawarkan kepada rakyat dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, projek pembanguna­n Residensi Rimbunan di Bandar Baru Sri Petaling menawarkan kediaman pada harga RM297,888 dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Selain itu, ia bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti surau, dewan, taska, taman permainan dan empat ruang kedai untuk keselesaan penduduk,” katanya.

“Malah, saya difahamkan kerja pembanguna­n di atas tanah seluas 2.5 ekar ini sudah pun bermula dan dijangka siap pada 2020,” katanya.

Menurutnya, kementeria­n berpuas hati dengan pencapaian projek berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan rakyatnya memiliki rumah sendiri.

“Kita akan terus berusaha untuk membina lebih banyak projek RUMAWIP supaya golongan sasaran yang berkelayak­an dapat merebut peluang yang ditawarkan,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Adnan (empat dari kanan) menghadiri Majlis Pelancaran dan Seisi Cabutan Undi RUMAWIP Residensi Rimbunan di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah di Putrajaya.
TENGKU Adnan (empat dari kanan) menghadiri Majlis Pelancaran dan Seisi Cabutan Undi RUMAWIP Residensi Rimbunan di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia