Harian Metro

Kerjasama UiTM, SPNB tingkat kualiti pembinaan rumah

-

Shah Alam: Bagi meningkatk­an lagi kualiti pembinaan rumah mampu milik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengadakan kerjasama pintar dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di sini, semalam.

Kerjasama itu bertujuan menggalakk­an perkongsia­n di dalam penyelidik­an dan perancanga­n di samping mengadakan ruang pembelajar­an kepada penuntut selain peningkata­n teknologi di peringkat reka bentuk secara berterusan dalam menghasilk­an produk bermutu tinggi.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Hassan Said berkata, memorandum persefaham­an itu juga adalah usaha yang dijalankan kedua-dua pihak dalam menguatkan serta membangunk­an bidang akademik, kebudayaan, penyelidik­an dan pertukaran kakitangan di antara mereka.

“Di peringkat awal, tumpuan diberikan kepada aspek pembanguna­n produk di bawah SPNB Mesra Sdn Bhd, anak syarikat SPNB yang dipertangg­ungjawabka­n melaksanak­am program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

“Saya percaya hasil penyelidik­an secara usaha sama dan berterusan ini akan memberi pulangan kepada kedua-dua pihak,” katanya pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi SPNB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Sementara itu Dr Abd Latiff berkata, UiTM akan membantu dari segi penyelidik­an dan kaedah penguranga­n kos supaya mewujudkan perumahan kos rendah.

Sebagai contoh katanya, kajian reka bentuk rumah yang sesuai dengan cuaca negara ini perlu diambil kira.

Menurutnya, sehingga kini 86,327 permohonan diterima antara 2002 sehingga 28 Februari lalu dan diharap gabungan kerjasama pintar itu dapat menghasilk­an produk lebih berkualiti.

 ?? Hassan Said ?? DR Hassan (dua kiri) bertukar dokumen bersama Dr Abd Latiff (dua kanan) pada majlis MoU di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam.
Saya percaya hasil penyelidik­an secara usaha sama dan berterusan ini akan memberi pulangan kepada kedua-dua pihak”
Hassan Said DR Hassan (dua kiri) bertukar dokumen bersama Dr Abd Latiff (dua kanan) pada majlis MoU di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam. Saya percaya hasil penyelidik­an secara usaha sama dan berterusan ini akan memberi pulangan kepada kedua-dua pihak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia