Harian Metro

Cecah 92 peratus

„ ECER catat pelaburan swasta RM101.4b berbanding sasaran RM110b menjelang 2020

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Sejumlah RM101.4 bilion pelaburan swasta diraih Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), setakat ini atau 92 peratus daripada sasaran pelaburan RM110 bilion yang perlu dicapai menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER- DC) Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, ECERDC juga berjaya mewujudkan lebih 140,000 peluang pekerjaan di kawasan bandar dan luar bandar di Kelantan, Terengganu, Pahang serta daerah Mersing, Johor.

“Kira-kira 73 peratus daripada pekerjaaan itu adalah jawatan bagi pekerja berkemahir­an termasuk bidang teknikal dan pengurusan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, transforma­si sosio ekonomi di kawasan berkenaan membolehka­n pembanguna­n lebih seimbang dan bersepadu diwujudkan merentasi kawasan bandar serta pedalaman di wilayah ECER.

Menurutnya, transforma­si sama turut menawarkan peluang lebih luas buat rakyat meningkatk­an taraf hidup mereka melalui bidang keusahawan­an.

Katanya, lebih 24,000 usahawan mikro, kecil dan sederhana (MKS) baru dilahirkan di wilayah berkenaan, selain mewujudkan lebih 36,000 peluang pekerjaan kepada rakyat termasuk di pekan kecil.

“Usahawan berkenaan dilahirkan menerusi program pembanguna­n modal insan dan usaha pelaburan ECERDC,” katanya.

Beliau berkata, manfaat itu dicapai hasil usaha berterusan kerajaan dalam memacu pelaksanaa­n projek dan program berimpak tinggi yang bertunjang­kan kesejahter­aan rakyat.

Katanya, sejajar dengan Program Transforma­si Sosioekono­mi Nasional, inisiatif pembanguna­n modal insan ECERDC bermatlama­t untuk meningkatk­an pendapatan dan kualiti hidup rakyat di ECER, selain menambah bilangan usahawan dalam komuniti berkenaan.

Dalam perkembang­an lain, menurutnya, projek infrastruk­tur utama seperti Pelabuhan Kuantan yang dijangka siap pada 2018 bakal menjadi gerbang pelaburan ke Asia Pasifik, selain menyumbang kepada pertumbuha­n industri berkaitan pelabuhan dan maritim.

“Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600 kilometer dianggap tulang belakang bagi wilayah berkenaan, sekali gus memastikan proses transforma­si sosio ekonomi yang seimbang dan bersepadu merentasi kawasan bandar dan pedalaman di wilayah berkenaan.

“Projek itu menghubung­kan dua pelabuhan utama di Semenanjun­g iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan yang dijangka meningkatk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) wilayah sebanyak satu peratus lagi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia