Harian Metro

MTouche rakan teknologi GIS Park bina, kendali telefon awam SMART4

-

Kuala Lumpur: mTouche (Thailand) Co Ltd, unit di bawah mTouche Technology Berhad membuat penampilan rasmi dalam industri teknologi dan maklumat di negara itu selepas menandatan­gani perjanjian dengan GIS Park (Thailand) Co Ltd.

Melalui perjanjian itu, syarikat berkenaan bertindak sebagai penyedia rumusan dan rakan teknologi dengan GIS Park untuk membina, memasang dan mengendali­kan inisiatif SMART4 Public Phone & Wi-Fi Hub Terminal untuk TOT Public Co Ltd (TOT).

GIS Park adalah syarikat yang terbabit dalam perkhidmat­an penyedia rumusan perniagaan e-pembelajar­an.

Pengarah Eksekutif mTouche Tang Boon Koon berkata, SMART4 Public Phone & Wi-Fi Hub Terminal yang akan dikendalik­an meliputi 10,000 terminal dan dijangka menjana pendapatan sehingga RM2.6 bilion.

“Pendapatan itu daripada kerjasama pengiklana­n dan tajaan untuk platform fizikal dan digital bagi tempoh lapan tahun,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, konsep diketengah­kan untuk SMART4 Public Phone & Wi-Fi Hub Terminal itu yang pertama seumpamany­a berbanding telefon awam tradisiona­l digunakan sebelum ini.

“Ia adalah telefon awam pintar yang mengaplika­sikan teknologi terkini di Asia Tenggara dan Asia.

“Selepas projek pertama siap nanti, konsep sama dijangka diperkenal­kan di negara lain termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Kemboja dan Hong Kong,” katanya.

Katanya, melalui inisiatif berkenaan, TOT akan menukar sehingga 180,000 pondok telefon awam lama kepada konsep baru dengan keutamaan diberikan kepada 18,000 pondok telefon awam lama yang terletak di lima kawasan utama sekitar Bangkok dan lima daerah di utara Thailand.

SMART4 Public Phone & Wi-Fi Hub Terminal akan dilengkapi hotspot Wi-Fi percuma, kamera keselamata­n, paparan LCD berdefinis­i tinggi, telefon awam dengan panggilan percuma ke semua talian tetap TOT dan panggilan kecemasan 191 secara terus.

 ??  ?? TANG (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan wakil
GIS Park.
TANG (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan wakil GIS Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia