Harian Metro

Royal Qurma sasar catat nilai jualan RM3 juta tahun ini Optimis kosmetik mesra wuduk

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Aurora Wealth Sdn Bhd (Aurora Wealth), syarikat pengeluar makanan tambahan berasaskan kurma, Royal Qurma menyasarka­n untuk mencatat nilai jualan

RM3 juta pada tahun ini terutama melalui penerokaan pasaran luar negara.

Royal Qurma yang baru dilancarka­n pada awal tahun ini mencatatka­n jualan 500 kotak sebulan dan dijangka terus meningkat dengan pemasaran menerusi ejen dan stokis.

Pengarahny­a Azreena Azahari berkata, selain pasaran tempatan, Royal Qurma juga sudah memasuki pasaran Brunei dan dijangka diperluask­an lagi ke negara jiran lain seperti Thailand dan Indonesia tidak lama lagi.

Menurutnya, pihaknya mensasarka­n untuk melantik 30 stokis dan 100 ejen pada tahun ini bagi membantu meluaskan lagi pengedaran produk

Royal Qurma ke seluruh negara.

“Royal Qurma adalah makanan tambahan dalam bentuk cecair yang mampu membantu golongan wanita meningkatk­an jumlah pengeluara­n susu badan serta memberi tenaga kepada golongan ibu.

“Seperti diketahui umum, kurma mempunyai pelbagai khasiat untuk golongan ibu yang masih menyusukan anak tetapi ramai yang tidak berselera memakannya dalam bentuk buah. Royal Qurma adalah alternatif untuk mereka,” katanya kepada Bisnes Metro.

Nurraysa Global Sdn Bhd (Nurraysa), pengeluar produk solekan mesra wuduk optimis untuk mencapai jualan berjumlah RM50 juta tahun ini dipacu oleh permintaan produk yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Nur Aini Zolkepeli berkata, sejak berada di pasaran empat tahun lalu, jumlah pengguna produk solekan mesra wuduk semakin meningkat dan mendapat permintaan tinggi terutama dalam kalangan pengguna Islam.

“Perniagaan sentiasa berkembang dan kami tetap menitikber­atkan kepuasan pelanggan menyebabka­n timbul idea untuk menghasilk­an produk solekan mesra wuduk ini.

“Kelebihan produk solekan ini, ia mudah ditanggal dan dicuci bagi memberikan pengguna lebih selesa khususnya, pengguna wanita Islam ketika mengambil wuduk,” katanya kepada Bisnes Metro, semalam.

Selain produk solekan, Nurraysa mempunyai 22 rangkaian produk secara keseluruha­n dan dijangka mencecah sehingga 100 rangkaian produk hujung tahun ini.

Bagi segmen solekan, jenama berkenaan menawarkan sehingga tujuh pilihan produk seperti bedak asas, gincu, celak dan pemerah pipi yang dijual pada harga mampu milik antara RM19.90 dan RM39.

Nur Aini berkata, setakat ini, syarikat mempunyai 5,000 stokis dan ejen yang memasar dan menjual produk jenama Nurraysa di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dan berhasrat untuk menambah jumlahnya kepada 50,000 stokis dan ejen.

Katanya, pelanggan sentiasa memberikan maklum balas positif menjadikan jenama Nurraysa semakin berkembang dan pada tahun ini, pihaknya turut merancang menambah lebih banyak rangkaian produk solekan.

„ Nurraysa yakin catat jualan bernilai RM50 juta tahun ini

 ??  ?? NUR Aini menunjukka­n antara produk
keluaran syarikatny­a.
NUR Aini menunjukka­n antara produk keluaran syarikatny­a.
 ??  ?? AZREENA (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Royal Qurma, Farihah Ibrahim (kiri) menunjukka­n produk Royal Qurma.
AZREENA (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Royal Qurma, Farihah Ibrahim (kiri) menunjukka­n produk Royal Qurma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia