Harian Metro

Batu karang sebesar tembikai Bunuh ayah kaki belasah

- Agensi

New Delhi: Pakar bedah di India terpaksa menggunaka­n alat untuk mengumpil keluar batu karang sebesar tembikai daripada pundi kencing seorang lelaki.

Maheshbhai Rasikbhai Patel, 49, mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian perutnya dan dimasukkan ke hospital, tetapi doktor terkejut apabila menemui batu berukuran 11.5 sentimeter di dalam pundi kencingnya yang mengambil masa satu jam setengah untuk dikeluarka­n.

Video yang diambil ketika pembedahan di Hospital Sri Sainath itu menunjukka­n pasukan doktor terbabit berusaha mengeluark­an batu itu menggunaka­n pelbagai peralatan sehingga berjaya mengumpiln­ya keluar.

Batu seberat 1.4 kilogram (kg) itu mengalahka­n rekod batu seberat 1.22kg dikeluarka­n daripada abdomen seorang pesakit kanser pada 2010.

Maheshbhai kini semakin pulih dalam masa tidak sampai seminggu.

“Saya mengalami sakit yang amat sangat sejak beberapa hari lalu.

“Bagaimanap­un, sebaik selesai pembedahan itu, saya terus sihat,” katanya.

Pakar bedah Maheshbhai, Dr Dhirubhai C Patel berkata: “Pesakit tidak mempunyai sakit kronik. Kesakitan itu berlaku pada waktu malam dan tidak menunjukka­n tanda ia akan sembuh.

“Antara sebab pembentuka­n itu berlaku akibat paras kalsium yang tinggi dan aliran air kencing yang tidak teratur. Batu karang biasanya kecil tetapi yang ini betul-betul besar.” - Daily Mail

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana membunuh ayahnya berikutan tidak tahan melihat ibunya sering didera, sebelum cuba menghapusk­an bahan bukti dengan membakar mayat berkenaan beberapa hari lalu.

D Satya ditahan bersama ibunya D Anuradha, 42, serta dua rakannya pada lewat Isnin di Karamadai, Coimbatore, kerana membunuh R Dhamodaran, 45. Mangsa dilaporkan bekerja di Dubai selama lima tahun sebelum pulang k ke pangkuan keluarga baru-baru ini.

Malangnya, Dhamodaran kaki botol dan sering mendera isteri serta anaknya menyebabka­n Satya akhirnya tidak tahan dan berpakat dengan dua rakannya untuk membelasah mati mangsa ketika tidur pada 3 April lalu.

Mereka membawa mayat itu menaiki beca bermotor ke kawasan terpencil berhampira­n sebuah kuil sebelum menyimbah minyak tanah dan membakarny­a. Sisa mayat itu ditemui penduduk tempatan pada keesokanny­a sebelum polis dimaklumka­n.

Penyiasat kes, Inspektor D Kannan berkata, pihaknya mengesyaki sesuatu tidak kena kerana keluarga mangsa tidak melaporkan

Lelaki ambil tindakan drastik tak tahan lihat ibu jadi mangsa

kehilangan­nya.

“Keluarga tidak membuat laporan polis langsung. Kami mengumpulk­an rakaman kamera keselamata­n di sebuah kedai berhampira­n yang mendedahka­n suspek membawa beca bermotor berisi sesuatu yang mencurigak­an. “Kami berjaya menjejak beca berkenaan berdasarka­n pelekat iklan padanya dan mendapati ia didaftarka­n di kediaman mangsa sendiri, malah dimiliki anaknya itu,” katanya.

Menurutnya, Satya mengaku melakukan kesalahan itu.

 ??  ?? BATU karang yang ditemui dalam pundi kencing lelaki terbabit. - DM
BATU karang yang ditemui dalam pundi kencing lelaki terbabit. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia