Harian Metro

Suspek akui rempuh orang ramai di Stockholm Ajal dalam bilik darjah

- Daily Mail

Stockholm: Suspek yang disyaki merempuh lori dicurinya ke arah orang ramai di Stockholm, Jumaat lalu, menyebabka­n empat maut dan 15 cedera semalam dilaporkan mengaku melakukan kesalahan itu dan bakal ditahan secara rasmi, kata peguam belanya.

Peguam Johan Eriksson yang ditemui di luar Mahkamah Daerah Stockholm sebelum mahkamah mengarahka­n lanjutan penahanan lelaki Uzbekistan, Rakhmat Akilov, 39, berkata, anak guamnya itu ‘mengakui tuduhan keganasan terhadapny­a dan bersetuju tangkapan rasmi dibuat.’

Rakhmat didakwa mencuri lori berkenaan sebelum merempuh orang ramai di pusat beli-belah mewah di pusat bandar Stockholm itu, petang Jumaat lalu sebelum ditahan pada awal Sabtu.

Mangsa yang maut terdiri daripada dua rakyat tempatan, seorang lelaki Britain dan wanita Belgium.

Seorang lelaki turut ditahan tetapi tiada maklumat lanjut mengenainy­a. - AP

Seorang murid lelaki keperluan khas mati dalam kejadian tembak di sekolahnya di San Bernardino selepas bekas suami gurunya mengamuk dan melepaskan tembakan di dalam kelasnya yang turut menyebabka­n wanita berkenaan maut.

Jonathan Martinez, lapan, berdiri di belakang gurunya, Karen Elaine Smith, 53, apabila bekas suami wanita itu, Cedric Anderson, 53, masuk ke bilik darjah dan melepaskan tembakan tepat ke arah mangsa pada jam 10.25 pagi Isnin (waktu tempatan).

Anderson memasukkan peluru ke dalam pistolnya sebaik memasuki kelas yang mengandung­i 15 murid dan dua pembantu pengajar. Dia kemudian mengosongk­an pistolnya dan mengisi peluru sekali lagi sebelum menembak dirinya sendiri sebaik Karen rebah.

Martinez dan rakannya berusia sembilan tahun dibawa ke hospital menggunaka­n helikopter dalam keadaan kritikal.

Malangnya, Martinez maut pada petang sama, manakala rakannya dalam keadaan stabil.

Anderson dibenarkan masuk ke pekarangan sekolah selepas mendaftar masuk di kaunter panyambut tetamu dan memaklumka­n mahu memberikan sesuatu kepada isterinya sedangkan mereka sebenarnya sudah berpisah

Murid maut bekas suami amuk, tembak guru dalam kelas

selepas hanya beberapa bulan berkahwin.

Menurut polis, Anderson mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk keganasan rumah tangga, memiliki senjata dan dadah.

Ketua polis San Bernardino, Jarrod Burguan berkata: “Dari apa yang kami tahu, Anderson memasuki bilik darjah itu tanpa berkata apa-apa dengan bersenjata­kan pistol sebelum terus melepaskan tembakan ke arah mangsa.”

 ??  ?? KANAK-KANAK berhimpun di padang selepas sekolah itu dikosongka­n. - DM
KANAK-KANAK berhimpun di padang selepas sekolah itu dikosongka­n. - DM
 ??  ?? VAN polis menutup jalan di luar mahkamah di mana Rakhmat dibawa di Stockholm, semalam. - Reuters
VAN polis menutup jalan di luar mahkamah di mana Rakhmat dibawa di Stockholm, semalam. - Reuters
 ??  ?? KAREN
(kiri) bersama Anderson. - DM
KAREN (kiri) bersama Anderson. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia