Harian Metro

Penumpang diheret turun pesawat

-

New York: Syarikat penerbanga­n United Airlines mencetuska­n kemarahan pengguna media sosial selepas seorang penumpang dirakam diheret keluar dari pesawat untuk membolehka­n kakitangan­nya menaiki kapal terbang itu.

Video dimuat naik di Internet oleh penumpang lain menunjukka­n seorang lelaki menjerit ketika diheret dari tempat duduknya dalam pesawat yang sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa O’Hare, Chicago, ke Louisville, Kentucky pada Ahad lalu.

Lelaki dikenal pasti sebagai Dr David Dao berketurun­an Vietnam itu diheret dalam keadaan terbaring dengan mulutnya berdarah, cermin mata dipakai senget, manakala bajunya terselak menampakka­n pusatnya.

Alasan diberikan syarikat penerbanga­n adalah untuk membolehka­n kakitangan tambahan menaiki pesawat itu untuk ke Louisville.

Pengguna Twitter yang memuat naik video itu menggunaka­n nama @Tyler_Bridges berkata, lelaki terbabit memaklumka­n kakitangan United dia doktor dan perlu pulang untuk merawat pesakitnya.

Sementara itu, dalam surat pekeliling untuk kakitangan­nya, Ketua Pegawai Eksekutif United, Oscar Munoz tidak memohon maaf atas layanan terhadap penumpang itu, sebaliknya mendakwa mangsa ‘melanggar’ arahan pegawai keselamata­n.

“Dalam kejadian itu, kakitangan kami mencari pihak yang secara suka rela boleh keluar dari pesawat itu sebelum membuat tawaran pampasan sehingga AS$1,000 (RM4,430).

“Selepas itu kakitangan kami memilih penumpang secara rambang, namun lelaki yang diminta keluar meninggika­n suara dan enggan mematuhi arahan mereka,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Penerbanga­n Chicago dalam satu kenyataan berkata, seorang daripada pegawai terbabit gagal mematuhi protokol dan kini diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. - Agensi

 ??  ?? MANGSA ditarik dari tempat duduknya dan diheret keluar. Gambar kecil, menunjukka­n mulut mangsa berdarah. - DM
MANGSA ditarik dari tempat duduknya dan diheret keluar. Gambar kecil, menunjukka­n mulut mangsa berdarah. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia