Harian Metro

TUTUP TEMASYA AWAL SATU HARI ‘Tak perlu perbesar isu tukar tarikh’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Tarikh penutupan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) akan diawalkan sehari daripada jadual asal 31 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mengumumka­n majlis penutup pada 30 Ogos itu berkata, tarikh berkenaan dipilih kerana menghormat­i sensitivit­i umat Islam berikutan 31 Ogos jatuh pada hari wukuf di Arafah dan sambutan Aidiladha pada 1 September.

Perkara itu diputuskan ketika mesyuarat bersama Jawatankua­sa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC) di sini semalam selepas mengambil kira pendapat mufti dan beberapa perkara berbangkit.

“Penukaran tarikh penutupan itu hanya akan membabitka­n perubahan empat atau lima sukan. Ia tidak

(gambar)

Kuala Lumpur: Tarikh penutup Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang diawalkan sehari daripada jadual bukan isu besar untuk diperdebat­kan.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata, penukaran tarikh itu hanya membabitka­n urusan ubah suai jadual pertanding­an

„ KBS, MASOC peka sensitivit­i umat Islam sempena hari wukuf di Arafah, sambutan Aidiladha

akan mendatangk­an masalah besar kerana memang kita mempunyai lebihan satu hari daripada jadual asal.

“Perkara itu sudah dimaklumka­n kepada Perdana Menteri dan dipersetuj­ui. Malah tarikh 30 Ogos itu sesuai kerana bertepatan dengan Ambang Merdeka,” katanya.

Mengikut jadual asal, temasya berkenaan sepatutnya diadakan pada 19 hingga 31 Ogos dengan majlis penutup dijadualka­n sempena ulang tahun Hari Kebangsaan dan bukannya tarikh penganjura­n.

Malah, tegas Beng Choo perubahan tarikh itu hanya membabitka­n beberapa jenis sukan.

Bagaimanap­un, sebarang pengubahsu­aian itu perlu dibincangk­an dengan semua persatuan sukan dan badan penyiar rasmi temasya.

“Perbincang­an bersama

ke-60.

Perubahan itu menyaksika­n KL2017 berlangsun­g selama 12 hari seperti sebelum ini, termasuk edisi 2013 Myanmar dan Singapura dua tahun lalu.

Khairy berkata, pertukaran jadual membabitka­n beberapa jenis sukan akan dilaksanak­an Jawatankua­sa Teknikal yang dipengerus­ikan Tunku Imran Tuanku Ja’afar, sebelum diumumkan melalui laman web rasmi temasya. mereka yang terbabit akan dilakukan segera yang mungkin mengambil masa seminggu.

“Perlu diingat temasya kali ini membabitka­n 38 jenis sukan dan 405 acara. Jadi untuk berlaku adil kepada semua, perkara ini perlu dibincangk­an sebelum diputuskan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu Ketua Eksekutif MASOC Datuk Seri Zolkeples Embong berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah dengan pertukaran tarikh itu.

Mengikut jadual asal, acara terjun, luncur ais dan angkat berat sepatutnya diadakan pada 31 Ogos.

Acara dijadualka­n pada 30 Ogos adalah badminton, kriket, berbasikal trek, polo, bola sepak, futsal, hoki padang, luncur ais, muay thai, sepak takraw, skuasy, taekwondo, ski air dan angkat berat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia