Harian Metro

‘Tiada tempat automatik’

„ Stephen akui pening pilih penyerang untuk dibawa ke Piala Sultan Azlan Shah

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Tiada jalan mudah buat tiga penyerang utama skuad hoki negara - Faizal Saari (gambar), Firhan Ashaari serta Haziq Samsul - untuk terus mendapat tempat dalam pasukan bagi menghadapi saingan Piala Sultan Azlan Shah bermula 29 April ini.

Sebaliknya, ketua jurulatih skuad hoki negara Stephen Van Huizen berkata, ketiga-tiga pemain itu yang tidak beraksi di Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka awal bulan lalu perlu membuktika­n mereka mempunyai prestasi lebih baik berbanding barisan penyerang dibawa ketika di Dhaka.

“Saya akui memang agak pening kepala memilih antara lima atau enam penyerang untuk dibawa beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.

“Walaupun ketiga-tiga penyerang ini kerap menjadi pilihan untuk diturunkan sejak dua tahun lalu, mereka juga perlu bekerja keras untuk mendapat tempat kali ini.

“Hanya kerana berstatus senior, tidak bermakna ketiga-tiga mereka akan mendapat tempat automatik dalam pasukan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabat­an membabitka­n pasukan utama serta skuad pembanguna­n semalam.

Jelas Stephen, barisan penyerang yang beraksi di Dhaka iaitu bintang muda Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Tengku Ahmad Tajuddin Abd Jalil, Shahril Saabah, Rashid Baharom dan Ramadan Rosli sudah membuktika­n mereka tidak boleh diketepika­n begitu saja selepas membantu Malaysian Tigers muncul juara.

“Paling saya kagum Nik Aiman apabila dia beraksi dengan sangat baik di Dhaka apabila menjaringk­an lima gol.

“Mungkin ada yang menyatakan ia hanya kejohanan biasa, tapi bagi saya, menjaringk­an gol yang banyak di pentas antarabang­sa adalah satu pencapaian menarik.

“Jadi barisan pemain senior yang saya katakan tadi perlu membuktika­n mereka lebih baik berbanding Nik Aiman,” katanya.

 ??  ?? STEPHEN (kanan) memberi arahan kepada pemain.
STEPHEN (kanan) memberi arahan kepada pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia