Harian Metro

V Shem, Wee Kiong perlu tingkat prestasi

-

Kuala Lumpur: Beregu lelaki utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong perlu mengambil serius kemerosota­n prestasi supaya peluang mereka tidak terjejas untuk beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Scotland, Ogos ini.

Mengikut ranking dunia terkini Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) pada 6 April lalu, V Shem-Wee Kiong yang sebelum ini menduduki tangga kedua kini jatuh dua anak tangga selepas sekadar menamatkan saingan di suku akhir Kejohanan Seluruh England dan Terbuka India.

Paling mengejutka­n, pemenang perak Olimpik Rio itu dimalukan di halaman sendiri oleh pasangan bukan pilihan dari Hong Kong Tang Chun Man-Or Chin Chung 17-21, 21-23 seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak, minggu lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) berkata V Shem-Wee Kiong perlu memastikan kedudukan mereka terus kekal sekurang-kurangnya dalam kelompok lima terbaik dunia.

“Kami (BAM) sangat kecewa dengan prestasi tidak konsisten mereka. V Shem dan Wee Kiong perlu kembali fokus di gelanggang dan memenangi perlawanan siri super selepas ini.

“Kita tidak mahu ranking dunia mereka ini terus jatuh sehingga boleh menjejaska­n peluang untuk beraksi di Kejohanan Dunia nanti,” katanya.

Hanya lapan pemain terbaik dunia setiap kategori layak beraksi di Kejohanan Dunia di Scotland yang akan diumumkan BWF, Mei depan.

Justeru, V Shem-Wee Kiong perlu menunjukka­n perkembang­an positif dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura yang mula berlangsun­g hari ini sehingga Ahad ini. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia