Harian Metro

LIPAT BAYI DALAM KOTAK

„ Siswi kolej swasta didakwa buang anak ditahan

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Kejam. Itu perkataan sesuai menggambar­kan tindakan seorang wanita yang dipercayai membunuh zuriat yang baru dilahirkan­nya dengan ‘melipat’ bayi itu dalam kotak kecil sebelum meninggalk­annya di tempat pembuangan sampah di Apartmen Samajaya, Jalan Usahajaya, di sini, pagi semalam.

Mayat bayi malang yang cukup sifat itu ditemui pekerja apartmen berkenaan jam 10 pagi ketika melakukan pembersiha­n di kawasan berkenaan.

Wanita berusia 36 tahun itu pada mulanya tidak menyangka kotak yang boleh memuatkan kasut itu mengandung­i jasad manusia sebelum mengangkat­nya untuk dibuang.

Namun, dia curiga apabila mendapati kotak kecil itu berat menyebabka­n wanita terbabit membukanya dan terkejut mendapati ada bayi perempuan baru dilahirkan di dalam kotak berkenaan.

Difahamkan, suspek yang bertanggun­gjawab melakukan perbuatan keji itu menyewa bersama beberapa penghuni lain di blok apartmen terletak kurang 50 meter dari lokasi tempat pembuangan sampah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, polis yang dimaklumka­n bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat, seorang wanita berusia 24 tahun ditahan di blok apartmen tidak jauh dari lokasi mayat bayi itu ditemui jam 12.30 tengah hari.

“Soal siasat mendapati suspek melahirkan bayi itu jam 6.30 pagi tadi (semalam) di tandas unit apartmen berkenaan.

“Suspek penuntut tahun ketiga diploma di kolej swasta berhampira­n kediaman- nya dan berasal dari Belaga,” katanya, semalam.

Dev berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak, di sini, untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sama ada ketika dilahirkan atau mati akibat dibuang.

“Polis juga giat mengesan teman lelaki suspek untuk membantu siasatan dan ini kes pertama dilaporkan di Sarawak tahun ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK (kanan) ditahan untuk siasatan lanjut. MAYAT bayi yang disumbat di dalam kotak sebelum ditinggalk­an di tempat pembuangan sampah.
SUSPEK (kanan) ditahan untuk siasatan lanjut. MAYAT bayi yang disumbat di dalam kotak sebelum ditinggalk­an di tempat pembuangan sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia