Harian Metro

UGUTAN PENCURI DATA SIBER

„ Jenayah pemerasan dalam talian ancam maklumat peribadi pengguna telefon pintar

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Bukan mustahil apabila telefon pintar yang anda gunakan boleh digodam dan diambil alih begitu mudah oleh penjenayah siber hanya melalui penggunaan aplikasi tertentu.

Jenayah licik dikenali sebagai pemerasan dalam talian (ransomware) itu kemudian akan mengugut pemilik telefon membayar sejumlah wang jika mahu semua data, maklumat dan kandungan peribadi di dalam telefon pintar berkenaan dikembalik­an.

Trend jenayah terbaru itu semakin menular di negara ini apabila berpuluh mangsa membuat laporan polis selepas diperas ugut dan dipaksa membayar wang oleh penjenayah.

Difahamkan RM1 juta dibayar mangsa kepada penjenayah siber itu sejak Januari sehingga pertengaha­n Februari lalu.

Taktik jenayah itu didedahkan pakar Strategi Rangkaian dan Keselamata­n Fortinet, Gavin Chow yang memaklumka­n penularan jenayah itu di Malaysia.

Menurutnya, penjenayah siber semakin ekstrem untuk mendapatka­n wang dengan cara mudah tanpa dikenali dan sukar dikesan kerana kebanyakan mereka aplikasi dan rangkaian yang tidak disahkan.

“Berdasarka­n kajian dijalankan Syarikat Penyedia Keselamata­n Rangkaian Fortinet, ancaman siber ransomware semakin membimbang­kan dengan dijangka berlaku peningkame­nggunakan tan pada tahun ini.

“Bukan saja terjadi pada telefon pintar, malah pemilik komputer peribadi dan tablet turut boleh menjadi mangsa.

“Modus operandi penjenayah siber ini dengan mengesan aktiviti penggunaan Internet dan menceroboh sistem dengan menawarkan perisian untuk dimuat turun.

“Apabila mangsa memuat turun perisian ditawarkan, secara automatik semua maklumat di dalam telefon pintar dikawal atau dikunci penjenayah,” katanya.

Menurutnya, telefon pintar mempunyai sistem pertahanan lemah mudah dijangkiti kod bahaya dihantar penjenayah siber itu.

“Mangsa hanya mendapat kembali data dan dokumen di dalam telefon pintar, komputer atau tablet selepas membayar wang tebusan kepada penjenayah,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Penubuhan Hub Latihan Keselamata­n Siber Pertama di Asia Tenggara antara Fortinet dan Universiti Tekonologi Petronas (UTP), di sini.

Katanya, mangsa yang tidak mahu membuat bayaran akan ‘dihukum’ apabila sistem telefon pintar mereka akan dijangkiti virus hingga musnah.

“Ransomware ancaman siber yang mustahil untuk dihapuskan dan data dikembalik­an. Virus disebarkan berkemungk­inan berupaya melakukan pemusnahan sendiri (self destruct) yang menyukarka­n pencarian bukti forensik digital.

“Sasaran penggodam dilakukan secara rawak termasuk mangsa yang mempunyai dokumen penting dalam telefon pintar,” katanya.

Menurutnya, 21 juta pengguna internet di negara ini terdedah dengan ancaman ransomware.

Dalam perkembang­an berasingan, menurutnya, pengguna Internet diingatkan, bank tidak menghantar e-mel kepada pelanggann­ya untuk sebarang kemas kini akaun atau maklumat peribadi.

“Ini juga taktik ransomware, tetapi ramai yang tidak sedar. Sebagai langkah keselamata­n, pengguna boleh memuat turun aplikasi antivirus dalam peranti masing-masing,” katanya yang mengingatk­an ada kekurangan dalam setiap perisian yang dibina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia