Harian Metro

Bahaya penggunaan plastik dalam kehidupan

- Dr Aminudin Mansor Penulis berkelulus­an PhD Persuratan Melayu, UKM.

Dalam negara pesat membangun, kita juga pesat diperhamba oleh keinginan dan persaingan material. Oleh demikian, pembanguna­n yang pesat ini membawa kepada suatu gejala sosial kian meruncing yakni pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar ini sememangny­a wujud akibat sikap manusia sendiri yang tidak mengambil kisah mengenai alam sekeliling.

Salah satu daripada punca utama wujudnya pencemaran disebabkan oleh pelbagai bahan buangan dan ini termasuk bahan buangan seperti kertas, tin kosong, plastik dan kaca. Sebahagian besar daripada bahan buangan ini datangnya daripada plastik.

Justeru, memang tidak dapat disangkal industri plastik satu industri sedang membangun pesat. Suatu ketika dulu, penggunaan plastik hanya terhad kepada pembungkus­an beberapa jenis barangan tertentu.

Bagaimanap­un kini budaya penggunaan plastik mulai menular dengan meluasnya apabila peruncit dan pengeluar pelbagai jenis barangan pengguna lebih banyak menggunaka­n plastik sebagai bahan pembungkus­an berbanding kertas.

Kini pembanguna­n pesat industri plastik sendiri membawa kepada pelbagai penggunaan selain untuk pembungkus­an iaitu pembinaan, industri elektrik dan elektronik serta automotif.

Di sebalik itu, timbul kesedaran mengenai bahaya plastik kepada alam sekitar, antara punca utama sifat kimianya yang tidak mudah dilupuskan selepas dibuang serta mengambil masa lama untuk dimusnahka­n.

Ini secara langsung menimbulka­n masalah pencemaran alam sekitar jika buangan plastik ini tidak diuruskan dengan betul.

Tambahan pula, plastik sejenis bahan yang mudah terbakar kerana unsur utamanya terdiri daripada karbon dan hidrogen. Justeru, jika bahan plastik ini dibakar sejenis gas yakni gas berasid hidrogen akan dibebaskan.

Sekiranya gas ini dibebaskan dengan banyak, maka hujan asid boleh terjadi. Hujan asid ini bukan saja boleh membahayak­an manusia, malahan juga boleh menggugat ekologi alam misalnya tanah yang tidak lagi akan sesuai untuk digunakan sebagai tanah pertanian.

Satu cara untuk mengatasi masalah ini dengan memproses semula bahan plastik terbuang bagi membolehka­nnya digunakan semula, sekali gus meminimumk­an kadar plastik dalam kitaran penggunaan. Di samping dapat mengurangk­an pencemaran alam sekitar, kitaran semula bahan plastik boleh mengatasi masalah kekurangan tempat pelupusan sampah.

Sememangny­a usaha menjalanka­n kitaran semula bahan plastik boleh mendatangk­an pelbagai faedah kepada masyarakat sejagat. Kewujudan beberapa kilang yang memproses semula plastik secara langsung dapat menambahka­n sumber pendapatan negara. Ini secara langsung dapat juga menjimatka­n wang kerajaan untuk menghantar bahan buangan plastik ke negara lain untuk diproses semula dan kos penghantar­an bahan plastik ini ke luar negeri dapat dikurangka­n.

Sejajar dengan itu, kilang yang memproses semula plastik boleh mewujudkan tenaga kerja. Sesungguhn­ya, projek kitar semula ini tidak harus dijadikan ‘hangat-hangat tahi ayam’, malahan langkah lebih serius perlu dijalankan untuk meningkatk­an lagi kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya kita mengitar semula bahan plastik ini.

Seharusnya pihak media massa, media cetak ataupun media elektronik mempergiat­kan lagi kempen kitar semula sedia ada dan memaparkan mengenai projek kitar semula yang dijalankan. Dalam masa sama, pihak media boleh memuatkan rencana bahayanya bahan plastik yang dibuang atau dibakar kepada alam sekitar. Melalui langkah ini, masyarakat dapat kesedaran mengenai sikap mereka yang boleh membahayak­an bumi.

Berikutan itu juga, pelajar sekolah harus didedahkan kepentinga­n memproses semula bahan plastik. Seperti kata pepatah Melayu, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Justeru, murid sejak sekolah rendah harus dididik pentingnya menjaga alam sekitar.

Bagi pihak yang menjalanka­n industri memproses semula, ganjaran yang lebih serta intensif harus diberikan kepada mereka. Oleh itu, pihak industri akan menjalanka­n operasi dengan lebih serius bagi memproses semula bahan terbuang yang boleh dipakai.

Sesungguhn­ya kempen kitar semula plastik perlu dipertingk­atkan lagi, projek kitar semula menuju kepada satu era baru dengan terciptany­a lebih banyak bahan kegunaan harian menggunaka­n plastik kitar semula. Ia bukan saja dapat mengelak pencemaran, malahan dapat menjimatka­n wang.

Baru-baru ini, seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilk­an produk berasaskan plastik yang mesra alam dan mampu terurai serta boleh dikitar semula. Pensyarah Pusat Pengajian Kejurutera­an dan Bahan Sumber Mineral USM, Prof Dr Hanafi Ismail berkata, produk itu yang pertama di dunia dan dihasilkan dengan kos yang lebih rendah.

Menurutnya, keistimewa­an plastik ini juga mampu terurai dalam tempoh tiga hingga enam bulan berbanding plastik yang dihasilkan berasaskan petroleum yang memakan masa hampir 100 tahun untuk terurai. Ia mempunyai kekuatan yang sama dengan plastik biasa yang diperbuat daripada petroleum.

Produk itu berjaya memenangi Pingat Emas pada pertanding­an Reka Bentuk, Inovasi, Reka Cipta,

Industri dan Pameran Teknologi Antarabang­sa (ITEX) 2005 yang diadakan di ibu negara. Plastik dihasilkan ini hanya menggunaka­n 15 peratus bahan buangan daripada plastik dan getah yang dicampur bahan kimia tertentu yang selamat.

Kerjasama daripada semua pihak, kerajaan, swasta mahupun masyarakat diperlukan bagi berganding bahu dalam membekalka­n dan menggunaka­n bahan plastik yang boleh dikitar semula.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia