Harian Metro

Perak bersih gamit kedatangan pelancong

-

menjadi titik tolak kepada revolusi mengutamak­an kebersihan dan menghindar­i masalah sampah yang turut menjadi rungutan ramai di negeri ini sehingga mendorong peningkata­n kes denggi sejak kebelakang­an ini.

Kempen serentak di setiap daerah di Perak membabitka­n penyertaan pelbagai pihak, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan, jabatan kerajaan dan sekolah sekurang-kurang mampu mewujudkan kesedaran mengenai kebersihan.

Zambry dalam ucapan pelancaran berkata, ia usaha kerajaan negeri untuk melihat sebuah negeri dan bandar raya yang bersih.

Apa yang penting baginya, menjadikan sebuah negeri yang bersih daripada sampah sarap.

Bayangkan sebuah negeri yang bersih tentunya masalah seperti pembiakan nyamuk aedes dan penyakit lain tentunya tidak akan berlaku.

Kempen berkenaan akan terus dijalankan secara berkala sehingga Disember depan mengikut tema yang ditetapkan kerajaan negeri.

Biarpun, Zambry sebelum ini ditempelak parti pembangkan­g gara-gara tindakan mendapat publisiti meluas pelbagai media ketika melakukan pemeriksaa­n mengejut melawat kawasan pelupusan sampah serta melakukan kerja pembersiha­n sampah dan menaiki lori sampah bersama-sama Datuk Bandar Ipoh Zambri Man, ia tidak mematahkan semangatny­a untuk terus memastikan negeri jajahannya kekal bersih.

Apatah lagi tahun ini Tahun Melawat Perak sudah pasti kerajaan negeri mahu memastikan kemudahan dan persekitar­an berada dalam keadaan terbaik.

Kredibilit­i Perak sebagai antara tumpuan wajib dilawati sesuatu yang tidak dapat disangkal, malahan dengan pengiktira­fan daripada majalah pelanconga­n antarabang­sa terkemuka Lonely Planet sebagai antara lokasi pelanconga­n yang perlu dilawati.

Perak yang menerima pelancong tujuh juta kadar kemasukan pelancong tahun lalu memiliki produk pelanconga­n berkelas antarabang­sa dan wajar dinaikkan ke peringkat global.

Jadinya, isu sampah perkara serius kerana ia saling berkait rapat dengan kitaran kehidupan iaitu penentu kualiti hidup, kebersihan, kelestaria­n, sumber kehidupan flora dan fauna, pencemaran dan dalam konteks lebih besar pemanasan global.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia