Harian Metro

TAMBAH MUTU BENIH SAWIT

-

„ FGV, KeyGene jalin kerjasama strategik selama 8 bulan

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan KeyGene yang berpangkal­an di Belanda menandatan­gani memorandum kerjasama (MoC) untuk mewujudkan perkongsia­n strategik bagi memulakan makmal penyelidik­an.

Makmal itu akan memperkasa­kan cabang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) FGV, FGV R&D Sdn Bhd untuk menjadi pusat kecemerlan­gan melalui pengukuhan keupayaan penyelidik­an yang membolehka­n pengenalan benih sawit lebih baik dan mampan dengan lebih cepat ke pasaran.

Kerjasama penyelidik­an dan pembanguna­n dengan KeyGene, syarikat bagi kualiti dan hasil tanaman yang lebih tinggi mempunyai pelbagai matlamat, tetapi akan memberi tumpuan kepada pembanguna­n dan penambahba­ikan bahan penanaman melalui pembiakan berbantu penanda.

FGV dalam satu kenyataan semalam berkata, tempoh MoC itu selama lapan bulan, namun atas persetujua­n bersama kedua-dua pihak yang akan disokong perjanjian tetap untuk lima tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata, perjanjian itu memastikan akses FGV kepada kepakaran dan teknologi KeyGene yang luas dalam genomik tanaman.

“Langkah ini akan meningkatk­an daya saing kami dalam pasaran benih sawit melalui pengenalan bahan penanaman kelapa sawit yang baru dan lebih baik.

“Kerjasama itu juga akan memberi manfaat kepada FGV melalui peningkata­n keupayaan penyelidik­an dalam bidang penyelidik­an genetik molekul yang membawa kepada pembanguna­n dan pengeluara­n bahan penanaman kelapa sawit yang baik,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu akan membantu FGV mempercepa­tkan pembanguna­n dan pengkomers­ialan bahan penanaman kelapa sawit dengan hasil minyak yang tinggi dan ciri-ciri istimewa lain.

Pada masa ini, FGV adalah pengeluar benih terbesar di Malaysia dengan bahagian pasaran sebanyak 42 peratus dan satu-satunya syarikat asing yang dapat menembusi pasaran benih di Indonesia yang begitu kompetitif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KeyGene Arjen van Tunen berkata, pihaknya

 ?? Zakaria ?? Kerjasama itu juga akan memberi manfaat kepada FGV melalui peningkata­n keupayaan penyelidik­an dalam bidang penyelidik­an genetik molekul yang membawa kepada pembanguna­n dan pengeluara­n bahan penanaman kelapa sawit yang baik”
Zakaria Kerjasama itu juga akan memberi manfaat kepada FGV melalui peningkata­n keupayaan penyelidik­an dalam bidang penyelidik­an genetik molekul yang membawa kepada pembanguna­n dan pengeluara­n bahan penanaman kelapa sawit yang baik”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia