Harian Metro

Dam Aji tak lapuk

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Buat pertama kali dalam sejarah, penganjura­n pertanding­an Dam Aji Terbuka Malaysia bakal dianjurkan pada 30 April ini.

Bertempat di Kompleks Muhibah Taman Nirwana, Ampang, kejohanan itu menyasarka­n penyertaan 96 peserta dari seluruh negara.

Setiausaha kejohanan Syamsudin Mohamad berkata, objektif utama penganjura­n pertanding­an itu adalah memartabat­kan kembali dam aji agar permainan tradisi itu tidak berkubur.

Katanya, selain daripada memastikan aktiviti berkenaan terus berkembang, penganjura­n itu juga diharapkan dapat menggalakk­an masyarakat untuk beriadah selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m.

“Setakat ini, seramai 47 peserta sudah mengesahka­n penyertaan. Saya menerima Kuantan: Lebih 500 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar teruja apabila pemain skuad Liga Super Pahang meluangkan masa meraikan mereka pada program ‘Jejak Juara Tok Gajah’ anjuran Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), baru-baru ini.

SMK Paya Besar terpilih sebagai lokasi persinggah­an pertama program itu dalam memberi inspirasi, dorongan serta semangat kepada pelajar.

Pengerusi penyelaras program Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar berkata, sekolah itu dipilih selepas mengambil kira pencapaian semasa dalam bidang akademik dan kokurikulu­m. banyak panggilan telefon daripada yang berminat untuk menyertai pertanding­an ini. Ia sesuatu yang saya anggap positif.

“Saya berharap dengan penganjura­n pertanding­an ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan Kompleks Muhibah sebagai hub permainan dam aji,” katanya.

Peserta akan dibahagika­n kepada 16 kumpulan dan setiap kumpulan membabitka­n enam pemain dengan pusingan pertama akan berlangsun­g mengikut format round robin.

Dua peserta teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan

„ Kejohanan Terbuka Malaysia martabat permainan tradisi

kedua yang dijalankan secara kalah mati.

Juara akan membawa pulang RM1,500, piala iringan dan piala pusingan manakala naib juara menerima RM1,000 dan piala iringan. Tempat ketiga menerima RM700 dan piala iringan manakala keempat RM500 dan piala iringan. Tempat kelima hingga lapan pula membawa pulang RM150, manakala tempat kesembilan hingga ke-16 bakal memenangi RM100.

Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM30 dan sesiapa yang berminat boleh menghubung­i Syamsudin di talian 013-6971570 sebelum 27 April ini.

 ??  ?? SYAMSUDIN (kanan) bersama AJK penganjur Pertanding­an Dam Aji Terbuka Malaysia.
SYAMSUDIN (kanan) bersama AJK penganjur Pertanding­an Dam Aji Terbuka Malaysia.
 ??  ?? DOLLAH (kiri) bermesra dengan pelajar SMK Paya Besar.
DOLLAH (kiri) bermesra dengan pelajar SMK Paya Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia