Harian Metro

Khalid gesa pihak berwajib ambil serius isu mengatur perlawanan

-

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan Khalid Ali menyeru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mengambil perhatian lebih serius berhubung gejala mengatur perlawanan yang kembali menular di Liga Malaysia (Liga-M).

Penahanan tiga pemain Majlis Sukan India Malaysia - Persatuan Bolasepak India Malaysia (MISC-MIFA) oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) minggu lalu menandakan bahawa gejala rasuah sebenarnya masih berleluasa biarpun pelbagai kaedah pencegahan sudah dilaksanak­an.

Jelasnya, FAM yang kini diterajui Tunku Ismail Sultan Ibrahim perlu memainkan peranan dengan membantera­s isu berkenaan sebaik-baiknya.

“Saya agak terkejut apabila mendapat tahu masih ada lagi kegiatan menjual perlawanan di dalam liga bola sepak kita biarpun pelbagai formula pencegahan sudah dibuat.

“FAM wajib memandang serius isu ini dan saya meletakkan sepenuh kepercayaa­n kepada Tunku Ismail untuk mengatasi segera masalah ini.

“Tunku Ismail memiliki karektor sebagai pegawai tentera yang cukup tegas dan disiplin, jadi saya harap beliau dapat membasmi isu rasuah dengan berkesan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, SPRM menahan tiga pemain MISC-MIFA yang beraksi di Liga Perdana kerana disyaki menerima rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan.

Salah seorang yang ditahan adalah pemain import berusia 29 tahun manakala dua lagi pemain tempatan berumur antara 26 dan 27 tahun.

Daripada siasatan awal, suspek menerima sogokan antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.

Terbaru, SPRM meminta bekas pemain kebangsaan Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai ‘Ah Chong’ untuk hadir ke pejabat agensi itu bagi membantu siasatan berhubung kes tiga pemain MISC-MIFA terbabit.

“Saya ada juga dengar ada pemain yang aktif menjalanka­n kerja-kerja itu. Sebenarnya bukan seorang dua, ramai lagi yang terbabit kerana kerja itu tak boleh dibuat seorang diri.

“Saya harap FAM dan SPRM tidak memberi muka kepada mereka (bookie) kerana kemerosota­n bola sepak Malaysia selama ini juga berpunca daripada parasit itu,” katanya.

 ??  ?? PEMINAT bola sepak pasti kecewa dengan sikap pemain yang mengamalka­n gejala mengatur perlawanan.
PEMINAT bola sepak pasti kecewa dengan sikap pemain yang mengamalka­n gejala mengatur perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia