Harian Metro

IU saman pengamal YouTube

-

Ini bukan pertama kali ambil tindakan guaman terhadap

pengikut Internet

Annyeongha­seyo! Penyanyi, IU akan meneruskan niatnya mengambil tindakan guaman terhadap seorang pengamal YouTube selepas individu berkenaan melakukan gangguan seksual terhadapny­a.

Dia dan agensinya, Fave Entertainm­ent mengumumka­n sendiri keputusan itu terhadap Poowar atau nama penuhnya, Ji Yong Hwan yang melakukan gangguan terbabit menerusi beberapa video di YouTube.

Poowar memiliki lebih 200,000 pengikut dalam YouTube dan sangat terkenal di Korea Selatan. Akaun itu dibukanya sematamata mahu membuat video komen berbaur seksual yang ditujukan kepada IU.

Sewaktu IU dan agensinya mengumumka­n untuk memfailkan saman terhadapny­a, Poowar bahkan memberi reaksi menjengkel­kan.

“Saya boleh disaman syarikat IU. Ia akan jadi satu penghormat­an jika benar dia failkan saman terhadap saya. Saya akan berpeluang untuk bertemunya di bilik mahkamah,” katanya.

Sejurus itu, dia kemudian tampil dengan permohonan maaf di atas keterlanju­rannya disebabkan Fave Entertainm­ent sendiri mengambil serius perkara itu. Mana tidaknya, komen berbaur fitnah daripada peminat juga semakin menjadi-jadi.

Agensi itu turut mengeluark­an kenyataan dan menyifatka­n hal itu sangat membimbang­kan.

“Kami sudah memantau secara berterusan namanama tertentu yang kerap meninggalk­an komen berbaur fitnah dan salah fakta. Kami berasa tindakan mereka sudah melampau dan bakal mengambil tindakan tegas,” kata jurucakap agensi itu.

Bercakap mengenai permohonan maaf Poowar,

Fave dan IU tidak akan menarik balik tindakan mereka untuk meneruskan saman berkenaan.

“Kami berasa komen yang ditujukan kepadanya melampaui batasan. Pasukan guaman kami sekarang dalam proses untuk memfailkan kes itu yang mengambil masa beberapa hari.

“Kami dimaklumka­n

Poowar sudah membuat video permohonan maaf namun belum melihat video berkenaan. Walaupun dia meminta maaf, kami tidak akan berganjak daripada keputusan itu,” katanya.

Ini bukan pertama kali IU dan agensinya mengambil tindakan guaman terhadap pengikut Internet. Januari lalu, agensi keduanya, Loen Entertainm­ent turut mengumumka­n menyaman 11 pengguna Internet kerana komen berbaur fitnah terhadap penyanyi itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia