Harian Metro

DATUK SERI 4,600 ‘KERETA’

Tampal ribuan kereta Hot Wheels pada Jaguar S-Type

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

“Selagi tidak dapat, selagi itu saya akan cuba mendapatka­nnya kerana ia adalah prinsip yang saya pegang sejak dulu jika inginkan sesuatu,” kata peminat kereta mainan Hot Wheels, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Menariknya, koleksi berkenaan tidak disimpan dalam kotak pameran tetapi menggunaka­n kreativiti dengan melekatkan kereta mainan itu pada kereta

Jaguar S-Type miliknya.

Lihat saja penampilan dan gaya Mahadi, 34, atau mesra dengan panggilan Mahadi BZ sememangny­a mempunyai personalit­i yang unik di samping gemar mengumpul koleksi kereta mainan Hot Wheels sebagai aktiviti masa lapang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Financial Genius Group (FGG) itu berkata, minatnya dalam mengumpul kereta mainan bermula sejak 13 tahun.

Kini, beliau mempunyai lebih 5,000 koleksi mainan yang terdiri daripada Hot Wheels serta beberapa campuran kereta mainan lain yang berjenama.

“Sejak 2004, saya mula mengumpul kereta mainan Hot Wheels dan membeli secara kecil-kecilan untuk dijadikan motivasi supaya dapat memiliki sebuah kereta berjenama suatu hari nanti.

“Akhirnya, berkat daripada usaha dan kejayaan yang diraih sebagai usahawan muda, saya berjaya memiliki sebuah kereta Jaguar S-Type ketika berumur 21 tahun,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamanny­a.

Beliau yang juga memiliki sebuah Lamborghin­i Gallardo itu berkata, sebelum mendapat idea untuk meletakkan mainan Hot Wheels di badan kereta Jaguar, beliau juga pernah menghias kereta berkenaan dengan pelekat yang berwarna warni serta sering menukar warna kereta.

“Bermacam kaedah dan cara menghias kereta sudah saya cuba sehingga suatu hari saya terfikir dan mencari idea lain untuk menghias kereta Jaguar sehingga ia mencuri tumpuan ramai.

“Sejak itu, saya mula mendapat idea dengan melekatkan kereta mainan Hot Wheels pada kereta ini kerana saya mahu mencuba sesuatu yang unik dan berbeza.

“Walaupun merasakan minat saya ini agak pelik, namun saya tetap mahu memberi sedikit kelainan yang orang lain tidak pernah buat sebelum ini,” kata Mahadi BZ.

Dalam pada itu, anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia tidak mempunyai rak khas untuk meletakkan kereta mainan yang dikumpulny­a dan berfikir untuk meletakkan semua kereta mainan berkenaan pada badan kereta Jaguarnya daripada berselerak di dalam rumah.

“Sejak itu, saya terus membawa semua koleksi mainan yang berjumlah

4,600 ke kedai aksesori kereta tetapi kebanyakan pengusaha kedai tidak mampu memasangny­a kerana merasakan usaha itu amat mustahil untuk dilakukan.

“Sehingga ke kedai yang kelima, akhirnya mereka boleh memasangny­a dengan mengenakan bayaran RM2,500,” katanya lagi.

Mahadi berkata, proses untuk memasang kesemua kereta mainan di badan kereta Jaguar berkenaan mengambil masa hampir sebulan kerana ia perlu dilakukan dengan rapi dan teliti menggunaka­n gam cermin supaya ia tidak tertanggal.

Koleksi kereta mainan yang terdapat pada badan kereta berkenaan terdiri daripada model mainan Ferrari, Porsche, Jaguar dan sememangny­a unik dengan bermacam warna seperti biru, merah, hijau, oren, hitam, jingga, ungu dan kelabu.

Mahadi berkata, dia mengeluark­an modal sebanyak RM8,000 untuk membeli koleksi mainan Hot Wheels, Supercar dan

Minicar yang terdapat pada badan kereta Jaguar miliknya.

Menurutnya, penjagaan rapi juga perlu dilakukan bagi mengelak kereta mainannya tercabut atau mengalami kerosakan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia