Harian Metro

BEKAS PESERTA AF DITUDUH DERA ANAK TIRI

Bekas peserta AF musim ke-9 nafi dera anak perempuan tiri guna air panas

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Bekas peserta Akademi Fantasi (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu.

Mohammad Azri, 30, yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis, membuat pe- ngakuan itu dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiaya­an terhadap kanak-kanak yang kini berumur 10 tahun itu dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V V Suloshani menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Fahmi Abd Moin memohon jaminan dikurangka­n dengan alasan penanggung tunggal keluarga dan mempunyai tiga anak selain menjaga ibunya.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Azri dan Salma berkahwin pada 31 Januari tahun lalu dan mereka dikurniaka­n seorang cahaya mata.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMMAD Azri
MOHAMMAD Azri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia