Harian Metro

DUTA BELIA TN50

„ 13 dilantik Duta Belia Transforma­si Nasional 2050

- Hayati Ibrahim dan Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Mereka akan menggalas amanah dan tanggungja­wab untuk bersama-sama mendekati belia menerusi pelbagai cara” Khairy Jamaluddin

Seramai 13 pakar dan tokoh belia dilantik sebagai Duta Belia Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang berperanan mendekati dan mendamping­i generasi muda bagi mendengar idea serta aspirasi mereka.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, semua duta itu yang juga ikon belia negara akan bersama-sama memacu serta merancakka­n pelbagai program dan inisiatif yang dirancang di bawah payung TN50.

“Mereka akan menggalas amanah dan tanggungja­wab untuk bersama-sama mendekati belia menerusi pelbagai cara sama ada berdasarka­n bidang serta lapangan masing-masing atau generasi muda secara keseluruha­n bagi membantu kami mendengar suara dan aspirasi mereka.

“Di samping itu, mereka juga berpeluang mencipta dan menganjur pelbagai program TN50 dalam bidang mereka sendiri supaya ilmu serta kepakaran dapat dimanfaatk­an lebih jauh,” katanya berucap pada sidang media khas memperkena­lkan Duta Belia TN50 di Kementeria­n Belia dan Sukan, di sini, semalam.

Khairy berkata, duta itu juga dapat membantu melihat dan menganalis­is aspirasi yang diterima dan bagaimana ia dapat dikembangk­an supaya menjadi lebih bermakna.

“Melalui pelantikan ini, saya berharap pencapaian dan kejayaan yang dicipta akan menjadi contoh serta teladan kepada generasi muda di negara ini.

“Saya berharap, ia juga akan membakar semangat kita semua untuk turut sama menyumbang dalam apa jua bentuk dan cara, semuanya demi masa depan negara, Malaysia tercinta,” katanya.

Semua duta itu adalah pakar dan tokoh dalam bidang masing-masing dan mereka dipilih berdasarka­n pencapaian mengharumk­an nama negara dan bersemanga­t untuk menabur bakti serta mempunyai pengaruh positif serta jalinan baik dengan belia.

Pelancaran Duta Belia TN50 bertujuan menyerlahk­an tokoh belia yang mendukung falsafah TN50 iaitu untuk bersama-sama membina masa depan negara melalui idea dan usaha cemerlang akar umbi.

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRY (tengah) bersama Duta Belia TN50 pada sidang media memperkena­lkan mereka, semalam.
KHAIRY (tengah) bersama Duta Belia TN50 pada sidang media memperkena­lkan mereka, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia