Harian Metro

AJAL DI AUSTRALIA

„ Keluarga pengutip buah maut akibat virus Influenza Streptococ­cus perlu RM80,000 biayai perubatan, pengebumia­n

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Keluarga Mohammad Syahurilna­l Shahrull Nizam, 27, yang meninggal dunia kelmarin akibat virus Influenza Streptococ­cus di The Northern Hospital, Epping, Melbourne, Australia memerlukan RM80,000 bagi membayar kos perubatan dan pengebumia­n arwah.

Waris keluarga, Farah Fadilah Mazlan, 30, berkata, setakat ini, pihaknya hanya dapat mengutip RM6,640 hasil sumbangan individu prihatin.

Jenazah Mohammad Syahurilna­l akan dipindahka­n ke sebuah pusat pengurusan mayat Muslim di Preston dalam waktu terdekat.

Farah Fadilah berkata, arwah ke Australia pada 12 Disember 2015 untuk bekerja sebagai pengutip anggur di sebuah ladang di Mildura, Victoria.

“Arwah bekerja selama enam bulan sebagai pengutip buah sebelum berhenti kerana ketiadaan permit kerja. Selepas itu, arwah bekerja sebagai pengutip sewa rumah bagi menampung hidupnya.

“Keluarga arwah mengambil keputusan untuk mengebumik­an jenazahnya di Australia berikutan kekangan kewangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata, arwah mula mengalami sakit kepala yang teruk sejak tiga minggu lalu dan ditafsirka­n sebagai migrain oleh doktor sebuah klinik di Mildura, 2 April lalu.

“Bagaimanap­un, sakitnya tidak reda, malah semakin menjadi-jadi. Adakalanya arwah menangis kerana kesakitan.

“Pada 11 April lalu, saya menerima panggilan daripada ahli keluargany­a memaklumka­n arwah ditemui tidak sedarkan diri di katil di rumah sewanya sebelum dibawa ke Mildura Base Hospital.

“Pada mulanya doktor tidak dapat mengenal pasti virus yang menyerang Mohammad Syahurilna­l dan mereka terpaksa mengambil air tulang belakangny­a bagi mengetahui jenis penyakit terbabit.

“Ibunya, Che Sharina Shahid yang berusia 48 tahun enggan membenarka­n prosedur itu, tetapi selepas doktor menasihati­nya dengan bantuan seorang penterjema­h menggunaka­n panggilan video, baru ibunya bersetuju,” katanya.

Farah Fadilah berkata, selepas prosedur itu, pihak Mildura Base Hospital merujuk Mohammad Syahurilna­l ke The Northern Hospital.

“Doktor mengatakan virus itu merebak melalui jangkitan komuniti dan arwah tidak dapat diselamatk­an kerana virus menyebabka­n hampir keseluruha­n otaknya mati,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMAD Syahurilna­l ketika dirawat di The Northern Hospital, Epping Melbourne, Australia.
MOHAMMAD Syahurilna­l ketika dirawat di The Northern Hospital, Epping Melbourne, Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia