Harian Metro

TUBUH LUKA, MOTOR HANGUS

Lelaki cuba ceroboh dibelasah pemilik rumah

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

Cubaan seorang lelaki menceroboh rumah berakhir tragedi apabila dia dibelasah manakala motosikaln­ya dibakar pemilik kediaman itu di Taman Angsana, Pokok Sena, di sini, semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 11 malam apabila suspek berusia 21 tahun itu menunggang motosikal di sekitar taman perumahan berkenaan sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, ketika itu pemiliknya yang juga seorang lelaki berusia 32 tahun berada sendirian di rumah itu.

“Suspek yang mendapati pagar depan tidak berkunci terus masuk ke pekarangan rumah dan cuba membuka pintu sebelum disedari tuannya.

“Lelaki itu yang ternampak kelibat suspek terus menjerit sebelum mengejarny­a,” katanya, semalam.

Mohd Rozi berkata, suspek yang panik cuba melarikan diri namun ditangkap pemilik rumah tidak jauh dari tempat kejadian selepas berlaku pergelutan antara mereka.

“Suspek ditahan dan dibelasah oleh mangsa, malah turut membakar motosikal Yamaha LC milik lelaki itu yang diletakkan tidak jauh dari rumahnya akibat terlalu marah. “Mangsa ditenangka­n penduduk setempat dan suspek yang cedera di badan dan tangan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya.

FAKTA

Suspek masuk ke rumah selepas mendapati pintu pagar depan tidak berkunci

 ??  ?? SUSPEK dihantar ke HSB selepas cedera akibat dibelasah.
SUSPEK dihantar ke HSB selepas cedera akibat dibelasah.
 ??  ?? MOTOSIKAL suspek rentung dibakar mangsa.
MOTOSIKAL suspek rentung dibakar mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia