Harian Metro

Beauty and the Beast catat kutipan RM4 bilion

-

Kuala Lumpur: Filem Beauty and the Beast mencatat sejarah sebagai filem muzikal aksi paling laris apabila mencatat kutipan AS$1 bilion (RM4.41 bilion) di seluruh dunia, semalam selepas sebulan ditayangka­n.

Disney dalam kenyataann­ya berkata, filem lakonan Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan Josh Gad itu diangkat sebagai filem paling laris tahun ini.

Pencapaian ini menyaksika­n Beauty and the Beast kini menyertai beberapa filem lain yang berjaya mencatat kutipan melebihi AS$1 bilion antaranya The Avengers, Captain America: Civil War dan Frozen.

Ia juga filem kedua lakonan Emma yang mencatat kutipan sebanyak itu selepas

Harry Potter and the Deathly Hollows: Part 2 pada 2011.

Filem arahan Bill Condon membabitka­n kos AS$160 juta (RM706 juta) itu mula ditayangka­n di negara ini sejak 30 Mac lalu.

Ia turut berdepan kontrovers­i apabila tayangan di negara ini yang sepatutnya bermula 16 Mac lalu ditangguhk­an kerana dikatakan ada babak memaparkan percintaan homoseksua­l.

Sementara itu, jurucakap Disney Malaysia ketika dihubungi memaklumka­n filem itu mencatat kutipan RM93 juta selepas dua minggu ditayangka­n di negara ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia