Harian Metro

Empat pengarah bebas daripada tuduhan

-

Mahkamah Majistret, di sini, semalam, melepas dan membebaska­n empat pengarah Multi-Usage Holdings (MUH) Bhd daripada pertuduhan gagal mengedarka­n notis mesyuarat agung syarikat itu, dua tahun lalu.

Majistret Mohd Amin Shahul Hamid membuat keputusan itu terhadap orang kena saman (OKS) Ang Hwei Chyn, Ang Kim Cheng @ Ang Teng Kok, Cheah Chin Huat dan Abdul Aziz Mat pada akhir pendakwaan tanpa memanggil mereka membela diri.

Dalam hujahnya, Mohd Amin berkata, pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap keempat-empat OKS bagi pertuduhan terbabit selepas mahkamah meneliti keterangan saksi, bukti dan penghujaha­n kedua-dua pihak.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat OKS didakwa gagal mengedarka­n notis mesyuarat agung mengandung­i kenyataan dalam resolusi dicadangka­n ahli yang mempunyai lebih lima peratus pegangan saham dalam syarikat terbabit melalui surat bertarikh 27 April 2015 untuk dikendalik­an dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 151 (1) (b), Akta Syarikat 1965 yang memperuntu­kkan hukuman denda RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) Muhammad Nasrizal Saidin manakala Cheah dan Hwei Chyn diwakili peguam Siti Nurzafirah Mohd Padzil. Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan mendera anak lelakinya pada Februari lalu.

Tertuduh, Mohd Harizan Itai, 37, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mohd Harizan didakwa memperlaku­kan anak kandung lelakinya berusia sembilan tahun dengan menganiaya kanak-kanak terbabit hingga cedera menggunaka­n tangan dan kaki.

Bapa berkenaan dituduh menumbuk mulut, menendang, memijak bahagian paha kiri dan memukul kepala serta pinggang anak lelakinya sehingga berdarah di sebuah rumah di Kampung

Baru Nyalas, Asahan, Jasin, kira-kira jam 7.20 malam pada 3 Februari lalu.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashanga­ri memohon tiada ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh, namun peguam Sulaiman Harmain merayu supaya diberi jaminan dan tidak akan mengapa-apakan mangsa biarpun mereka tinggal serumah.

Ahmad Sazali kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ??  ?? KIM Cheng
KIM Cheng
 ??  ?? HWEI Chyn
HWEI Chyn
 ??  ?? CHEAH
CHEAH
 ??  ?? ABDUL Aziz
ABDUL Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia