Harian Metro

KASIH ADIK

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

„ 2 bersaudara rentung gagal cari jalan keluar dari rumah terbakar

Niat murni seorang lelaki, Teo Yun Tiong, 57, menyelamat­kan abangnya, Teo Yin See, 58, tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kebakaran di Jalan Punang, di sini, jam 2 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Hussin berkata, Yun Tiong yang tinggal di kediaman berasingan memasuki rumah Yin See selepas mendapati kediaman abangnya terbakar.

“Pada mulanya, anak lelaki Yin See iaitu Teo Shee Wee, 38, masuk ke rumah itu menyelamat­kan mangsa, namun bergegas keluar semula dari rumah itu kerana api semakin marak.

“Yun Tiong pula cuba menyelamat­kan abangnya, namun dia gagal mencari jalan keluar lalu terperangk­ap bersama abangnya di rumah itu,” katanya.

Mengenai operasi memadamkan kebakaran, Zaki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas ke tempat kejadian dan mengawal kebakaran jam 3.01 pagi.

“Apabila operasi memadamkan api selesai, kami menemui dua mayat mangsa yang rentung dalam rumah itu. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, punca kebakaran belum diketahui dan masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? KEDUA-dua mangsa ditemui rentung dalam rumah.
KEDUA-dua mangsa ditemui rentung dalam rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia