Harian Metro

SELAMBA

- Azma Razana Johari am@hmetro.com.my

Seorang lelaki selamba membawa hasil rompakan membabitka­n dua dulang barang kemas dengan meletakkan­nya di dalam raga motosikal ditunggang­nya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi di sebuah kedai emas di Taman Chai Leng, di sini, tiga lelaki bersenjata­kan pistol berwarna perak dipercayai palsu dan tukul besi melarikan dua dulang barang kemas bernilai RM20,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketiga-tiga lelaki itu menunggang dua motosikal Honda EX-5 berwarna merah dan biru selain memakai topi keledar gelap.

Beliau berkata, lelaki terbabit masuk ke kedai emas itu sebelum seorang mengacukan pistol ke arah pekerja.

“Seorang lagi lelaki me- mecahkan kaunter pameran menggunaka­n tukul besi sebelum melarikan pelbagai jenis barang kemas.

“Ketiga-tiga lelaki memakai jaket, sarung tangan dan kasut warna gelap, selain me-

Penjenayah larikan dulang barang kemas guna kapcai

makai topi keledar,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan polis menemui dua motosikal yang digunakan dalam rompakan itu ditinggalk­an di belakang rumah di Taman Kimsar, di sini.

 ??  ?? PENJENAYAH melarikan barang kemas menaiki motosikal, semalam.
PENJENAYAH melarikan barang kemas menaiki motosikal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia