Harian Metro

MANFAAT KEPADA RAKYAT

- BERNAMA

UMK tumpu sektor pertanian, pelanconga­n

bantu rakyat berpendapa­tan rendah

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dinaungi Canselorny­a, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kini menjadi pemangkin kepada pembanguna­n di Kelantan, khususnya dalam bidang pertanian dan pelanconga­n.

Naib Canselor UMK Datuk Dr Mortaza Mohamed berkata, Seri Paduka yang mula dilantik sebagai Canselor UMK pada 9 Mei 2011 sering bertitah agar sektor itu diberikan tumpuan dan manfaatnya dikembalik­an kepada rakyat negeri ini.

“Dalam pelbagai majlis yang dihadiri Seri Paduka (di UMK), baginda sering menekankan mengenai kelestaria­n makanan yang kita masih bergantung kepada beberapa makanan asas yang diimport seperti beras, daging dan sayur-sayuran.

“Menjunjung titah Seri Paduka, UMK menubuhkan sebuah institut dikenali sebagai Institute of Food Security and Sustainabl­e Agricultur­e bagi memajukan sektor pertanian di negeri ini,” katanya ketika ditemui di Canselori UMK di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.

Selain itu, Sultan Muhammad V turut melihat aktiviti pelanconga­n mampu memberi pulangan lumayan kepada Kelantan dan menjunjung titah Seri Paduka, UMK turut mewujudkan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.

Mortaza berkata menerusi visi yang dititahkan, Sultan Muhammad V jelas mahu UMK membantu rakyat yang berpendapa­tan rendah agar menjadi pemain utama dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Berkenaan pelanconga­n, Kelantan yang terkenal dengan pelbagai warisan, jika dibangunka­n dengan lebih baik, ia akan membawa aliran wang tunai dari luar ke negeri ini,” katanya.

Dr Mortaza berkata sebagai universiti berteraska­n keusahawan­an, UMK turut memperkena­lkan program Social Enterprise for Economic Developmen­t (SEED) yang turut mendapat kerjasama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

“Di bawah program ini, pelajar akan masuk ke kampung dan membuat kajian mengenai sumber yang boleh dibangunka­n di kawasan berkenaan.

“Contohnya, seorang mak cik yang menjual kek di Jeli kini mampu meraih pendapatan sehingga RM8,000 sebulan hasil manfaat yang diterima di bawah program berkenaan,” katanya.

Penubuhan UMK diumumkan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 selepas mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.

Dr Mortaza berkata, sejak penubuhann­ya, UMK secara tidak langsung banyak menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi dan sosial di negeri ini.

Beliau berkata, hasil kajian ke atas 10,000 pelajar yang mengikuti pelbagai kursus di UMK mendapati mereka membelanja­kan purata RM500 sebulan seorang atau keseluruha­n RM5 juta sebulan atau RM60 juta setahun.

“Ia turut memberi manfaat secara tidak langsung kepada pengusaha kereta sewa dan inap desa selain turut menaikkan nilai hartanah terutama di tiga kampus universiti berkenaan di Kota Bharu, Bachok dan Jeli.

“Ia juga menumbuhka­n pelbagai aktiviti perniagaan di sekitar kampus dan menjadikan kawasan yang dulunya terbengkal­ai, semakin maju dengan adanya faktor bekalan dan permintaan,” katanya.

Dr Mortaza berkata, UMK akan terus memainkan peranan penting selaras dengan titah Sultan Muhammad V yang mahu segala program pembanguna­n berkaitan UMK, manfaatnya perlulah kembali kepada rakyat di negeri ini.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantik­an Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintah­an sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember tahun lalu.

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsun­g di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini.

 ??  ?? SULTAN Muhammad V menjadi Canselor UMK pada 9 Mei 2011.
SULTAN Muhammad V menjadi Canselor UMK pada 9 Mei 2011.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia