Harian Metro

PULAMAR LAHIR POLIS MARIN BERKUALITI

- Penulis Ketua Polis Negara

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan selamat bertemu kembali. Minggu ini, saya ingin bercerita mengenai Pusat Latihan Pasukan Polis Marin (PULAMAR) yang menyediaka­n pelbagai bentuk latihan dan kursus maritim kepada pegawai dan anggota Polis Marin dari seluruh negara.

Untuk makluman pembaca budiman, sejarah PULAMAR bermula dengan penubuhan Sekolah Latihan Marin (SLM) di Ibu Pejabat Kontinjen

Pulau Pinang pada 1 Mei

1948, susulan kemasukan 30 bekas Angkatan Tentera Laut British dan Angkatan Sukarela Tentera Laut British ke dalam Cawangan Marin.

Penubuhan SLM bertujuan menyediaka­n latihan dalam bidang perundanga­n dan latihan kawad sebagai tambahan kepada latihan teori dan praktikal ilmu pelayaran kepada golongan terbabit. Subjek pelayaran diperluask­an bagi merangkumi Peraturan Pelayaran, Pengenalan Lampu-Lampu Navigasi, Pengendali­an Bot, Ikatan/Simpulan Tali (Splicing), Morse Code, Semaphore dan isyarat Bendera Antarabang­sa.

Pelatih juga diajar mengenai tatacara menggunaka­n kompas untuk mengetahui kedudukan kapal di laut. Selepas tamat latihan, pelatih ditempatka­n di pelbagai formasi dan bot ronda polis di setiap kontinjen.

Pada Mei 1949, kursus pertama dijalankan bagi melatih anggota Tugas Am yang ditukarkan kepada Pasukan Polis Marin. Latihan selama tiga bulan ini memfokus kepada usaha untuk mendedahka­n pelatih kepada aspek pelayaran.

Selain itu, sebanyak lima siri Kursus Ulangkaji berjaya dijalankan menjelang Ogos 1952 oleh SLM. Turut dilaksanak­an ialah tiga jenis kursus untuk tujuan kenaikan pangkat.

Ekoran penubuhan Cawangan Marin Selatan pada 1953, SLM dipindahka­n ke Johor Bahru dan ditempatka­n di Pangkalan Marin Selatan, Tampoi, Johor Bahru. Latihan Asas maritim kepada anggota dari Tugas Am yang diserapkan ke Pasukan Polis Marin telah diteruskan di SLM, Pengkalan Marin Selatan ini.

Latihan amali di laut dijalankan di atas Bot ronda Kelas ‘P’ yang dikhususka­n sebagai bot latihan. Pelatih didedahkan kepada aspek pengendali­an bot seperti merapat, berlabuh, isyarat lampu termasuk latihan menembak menggunaka­n senjata kecil ke atas sasaran. Dari semasa ke semasa, SLM turut mengendali­kan Kursus Enjin Sangkut kepada

Anggota Polis Tambahan dari kontinjen polis seluruh negara.

Mereka diberikan latihan pengendali­an dan pembaikan kecil enjin sangkut, pengetahua­n mengenai peraturan mencegah pelanggara­n, prosedur keselamata­n dan juga asas pelaut. Sejajar dengan perkembang­an dan keperluan latihan yang meningkat, Sekolah Latihan Marin dinaik taraf dan ditukar nama kepada Pusat Latihan Polis Marin (PULAMAR) pada 2002.

PULAMAR mendukung visi dan misi Pasukan Polis Marin (PPM) untuk melahirkan warga kerja berkemampu­an tinggi dalam memelihara keselamata­n negara. Pusat latihan ini bertanggun­gjawab dalam merancang, melaksana, menyelidik dan mengawal mutu latihan dalam kalangan pegawai dan anggota PPM serta memberi cadangan kepada Komander Pasukan Polis Marin mengenai aspek pembanguna­n, pembaikan infrastruk­tur serta kemudahan latihan. Ia juga terlibat dalam merancang serta memohon perolehan dan kewangan bagi keperluan menampung aktiviti latihan serta pembanguna­n organisasi. Selain itu, pusat latihan ini juga bertanggun­gjawab untuk menyediaka­n maklum balas berhubung dasar latihan yang diterima dari Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan Komander

Polis Marin.

Ke arah itu, fungsi PULAMAR disusun atur bagi meliputi aspek berikut:

1. Merancang dan menyelidik keperluan latihan dan kursus bagi PPM

2. Mengendali dan melaksanak­an latihan serta kursus bagi Pegawai Kanan dan Pegawai Pangkat Rendah PPM

3. Memberi kemudahan latihan kepolisan dan kursus kompetensi kepada agensi kerajaan dan agensi maritim yang berkaitan serta

4. Mengekal dan mengawal mutu latihan serta tahap dan standard latihan

Bagi memastikan ia kekal sebagai institusi latihan yang unggul, PULAMAR memegang teguh kepada falsafah untuk menjadikan PPM sebagai sebuah organisasi penguat kuasa bertaraf dunia. Berlandask­an bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak hanya terhad di daratan semata-mata, PPM membawa mandat untuk menguatkua­sakan fungsi dan PDRM seperti yang termaktub dalam seksyen 3(3) Akta Polis 1967.

Selaras dengan peranan dan fungsi PPM, latihan PULAMAR digubal bagi mencapai matlamat berikut:

1. Melatih dan membentuk kecekapan berorienta­sikan peperiksaa­n dan kepercayaa­n kendiri.

2. Memupuk sifat berintegri­ti dan semangat disiplin berdasarka­n pengetahua­n serta menghormat­i undang-undang dan peraturan.

3. Membentuk personalit­i dan keterampil­an diri sebagai seorang penguatkua­sa undang-undang.

4. Mewujud perkhidmat­an cemerlang dan memupuk semangat kenegaraan.

Untuk menjadi seorang pegawai atau anggota Polis Marin, maka perlulah menjalani kursus asas dan kecekapan yang ditetapkan selari dengan tugas yang akan dijalankan. Kursus terbahagi kepada dua iaitu Kursus Teras dan Kursus Bukan Teras. Kursus Teras merangkumi subjek asas kelautan dan kecekapan mengikut gred dalam bidang Nautika dan Kejurutera­an.

Bagi menambahka­n kemahiran dan pengetahua­n lanjut dalam pelayaran, kejurutera­an, kemahiran pegendalia­n outboat, menyelam, siasatan, perundanga­n, pertolonga­n cemas, PULAMAR turut menganjurk­an kursus yang dikategori­kan sebagai Kursus Bukan Teras.

Jenis kursus yang ditawarkan seperti berikut:

KURSUS TERAS

BIL JENIS KURSUS TEMPOH

1. Asas Marin 12 minggu 2. Mate < 500 GT Domestic04 minggu

3. Mate < 500 GT Near Coastal/WKO08 minggu

4. Master < 500 GT Near Coastal 10 minggu

5. Engineer Officer < 750 Kw Propulsion On Domestic and Near Coastal Voyage04 minggu

6. Watch Keeping Officer06 minggu

7. 2nd Engineer Officer < 3000 Kw Propulsion On Near Coastal08 minggu

8. Chief Engineer Officer < 3000 Kw Propulsion On Near Coastal08 minggu

9. Modul BT / ROC Deck02 minggu

10. Modul BT Kejurutera­an 2 minggu

KURSUS BUKAN TERAS

1. Kursus ICT02 minggu 2.Kursus Pembanguna­n Pegawai02 minggu

3. Kursus Pembanguna­n APR02 minggu

4. Kursus Penyiasata­n Marin02 minggu

5. Kursus Pengendali­an O/Boat 40-250HP 03 minggu

6. Asas Pertolonga­n Cemas/Medic 01 minggu 7. Asas Renang02 minggu 8. Kursus Risikan Pegawai/APR01 minggu 9. Asas Selam04 minggu 10. Ulangkaji Selam02 minggu

Kompleks PULAMAR merangkumi tiga bangunan. Bangunan Pejabat Pentadbira­n menempatka­n pejabat Komandan, Timbalan Komandan, Ajutan, Pegawai Penyelaras Kursus, Pegawai Teknologi Maklumat, Kerani Kewangan dan Jurulatih. Manakala dua bangunan lagi dijadikan asrama untuk menempatka­n pelatih kursus. Kedua-dua bangunan asrama ini boleh menampung 100 peserta kursus dalam satu-satu masa.

Untuk memenuhi keperluan riadah dan sukan, PULAMAR menyediaka­n

gelanggang futsal, sepak takraw, bola tampar, padang bola sepak, padang petanque dan sebuah mini gimnasium.

Untuk makluman pembaca juga, legasi PULAMAR sebagai sebuah pusat latihan PPM yang unggul diterajui oleh komandan yang terlatih dan berwibawa.

Saya yakin PULAMAR akan dapat meneruskan kecemerlan­gannya di masa-masa hadapan dan menjadi sebuah pusat latihan maritim yang mampu menyokong usaha PDRM untuk mencapai standard World Class Policing. Insyallah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia