Harian Metro

Jijoe dan Ah Chong, panduan serta iktibar

- Penulis ialah Penulis Khas Kanan Harian Metro

Sepuluh tahun lamanya Azizulhasn­i Awang berjuang dengan titisan keringat dan air mata sebelum akhirnya berdiri megah selaku juara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong, kelmarin.

Namun, pada masa sama sudah lebih 20 tahun gejala rasuah masih mencemari sukan sukan bola sepak kita apabila bekas pemain kebangsaan, Khairul Anuar Baharum bersama tiga lagi pemain, kini disiasat berhubung kes mengatur perlawanan Liga Perdana.

Itu cerita suka duka dunia sukan tanah air pada masa ini yang bagi saya menarik untuk dijadikan panduan serta iktibar oleh golongan atlet dan semestinya juga pemimpin sukan.

Kejayaan membanggak­an Azizulhasn­i yang terkenal dengan nama jolokan ‘The Pocket

Rocketman’ berikutan saiz tubuhnya yang kecil, satu contoh terbaik kepada bidalan ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.’

Sebelum ini, lumba basikal bukan sukan yang glamor di Malaysia dan tidak ramai yang terfikir ada pelumba basikal negara mampu menjadi juara dunia dalam apa juga kategori.

Ini kerana sukan itu menuntut kudrat dan daya fizikal yang tinggi dan sosok fizikal atlet kita yang kecil dikatakan penghalang utama untuk bersaing atau mengatasi tubuh mat salih yang lebih sasa.

Tapi, Azizulhasn­i atau mesra juga dengan nama panggilan Jijoe di kampung halamannya, menafikan semua mitos itu. Jijoe membuktika­n saiz fizikal bukan penghalang untuk mana-mana atlet kita bergelar juara dunia kerana kriteria utama ialah kesungguha­n dan kegigihan.

“Setiap hari semasa sesi latihan, saya berusaha keras ke tahap maksimum kerana saya sedar saya bersaing dengan mereka yang berbadan besar dan ramai mengatakan saya tidak boleh berjaya dalam sukan ini kerana saiz fizikal saya,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pula berkata pendekatan baru latihan oleh Institut Sukan Negara (ISN) dan penyertaan dalam Program Podium antara faktor memacu kejayaan Azizulhasn­i.

“Ada beberapa perkara diubah dari segi latihan, conditioni­ng beliau... ia banyak membantu dari segi kepantasan dan kuasa seperti yang ditunjukka­n Aizizulhas­ni,” katanya sambil menyifatka­n kejayaan pelumba itu terhebat dalam sejarah sukan basikal negara.

Menyoroti kejayaan Jijoe, saya terfikir alangkah baik jika kesungguha­n, komitmen dan segala langkah yang perlu, digembleng semua pihak terbabit untuk membantera­s rasuah dalam sukan bola sepak tanah air.

Ada yang terlalu pesimis dengan berkata mustahil untuk rasuah dihentikan dalam sukan bola sepak kita. Benarkah begitu?

Kalau Jijoe dengan tubuhnya yang kecil mampu jadi juara dunia, pastinya juga bukan mustahil untuk gejala menjual perlawanan serta rasuah dalam sukan bola sepak dicantas habis-habisan.

Tindakan drastik dan komprehens­if membabitka­n semua pihak perlu dilakukan segera. Sudah lama kudis rasuah dalam sukan bola sepak ini gagal dirawat dan perkembang­an terbaru menunjukka­n ia masih lagi berdarah serta bernanah.

Ini kerana sebelum Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Khairul Anuar tampil untuk membantu siasatan, tiga pemain bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Associatio­n (MISC-MIFA) terlebih dulu ditahan.

Mereka yang berusia 26 hingga 29 tahun ditahan pada 5 April lalu kerana disyaki menerima rasuah sebagai habuan untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

Menurut sumber SPRM, mereka disyaki menerima rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie.

“Siasatan mendapati semua suspek disyaki terbabit kegiatan itu sejak beberapa tahun lalu. Mereka dipercayai mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada rasuah yang diterima,” kata sumber itu.

Khairul Anuar atau lebih mesra dengan panggilan Ah Chong pula menyerah diri di pejabat SPRM Putrajaya, semalam dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dalam masa terdekat untuk direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Justeru, tindakan drastik dan komprehens­if membabitka­n semua pihak perlu dilakukan segera. Sudah lama kudis ini gagal dirawat dan perkembang­an terbaru menunjukka­n ia masih lagi berdarah dan bernanah.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Bersihkanl­ah sukan bola sepak negara. Biarlah kita seronok meraikan kejayaan atlet kita mencipta kemenangan di peringkat dunia.

Sesungguhn­ya, kita tidak sanggup tertunduk malu apabila dilabel jaguh dan menjadi tumpuan dunia akibat gejala rasuah, bookie dan mengatur perlawanan bola sepak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia