Harian Metro

Pertunjuka­n kucing di Shah Alam hari ini

-

Kelab Kucing Malaysia menganjurk­an KKM Internatio­nal Cat & Small Animal Show 2017 sempena Pet Fiesta Internatio­nal Cat Show 2017 yang berlangsun­g hari ini dan esok bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk orang ramai dan pertanding­an antaranya menghias kucing, meniru aksi dan gaya kucing, teka berat kucing dan lain-lain yang membabitka­n pelbagai jenis haiwan peliharaan seperti burung, arnab, ular, chinchilla, ferret, gerbil, hamster dan sugar glider yang tidak berbahaya dan selamat untuk dipertandi­ngkan.

Antara baka kucing untuk pertanding­an adalah Persian, Exotic, Sacred Birman, Turkish Van, Ragdoll, Himalayan dan lain-lain. Majlis penyampaia­n hadiah pada jam 5 petang setiap hari.

Sebarang pertanyaan berkaitan pertanding­an boleh melayari Facebook ‘The official site of Kelab Kucing Malaysia’ atau berhubung dengan Presiden Kelab Kucing Malaysia di talian 012-2200982.

Khalid Rashid (Pak Khalid) Presiden

Kelab Kucing Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia