Harian Metro

INDAH CIPTAAN-NYA

- Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

„ Manusia usah pertikai makhluk, alam dijadikan Ilahi

Ada orang dilahirkan cacat penglihata­n namun masih mampu menempa kejayaan besar kerana dia memberi fokus kepada kekuatan pendengara­nnya sehingga ada yang mampu menjadi penghafal al-Quran.

Ada orang yang tidak mampu menjahit dengan tangan lantaran cacat tetapi mampu menjahit dengan kaki. Mereka tidak membuang masa untuk bersedih di atas kekurangan diri.

Cuba kita perhatikan segumpal rumput kering dan kanta cembung. Di bawah cahaya matahari, kanta cembung itu mampu memusatkan cahaya matahari untuk membakar rumput kering itu.

Begitulah kekuatan diri kita jika memusatkan kepada kekuatan. Impaknya sungguh luar biasa dengan izin Allah SWT.

Ada orang yang secara fizikalnya dilahirkan dengan sedikit kekurangan. Ada yang memiliki masalah kaki cacat namun masih mampu menjadi pengarah di sebuah kolej.

Bahkan, ada yang buta namun berjaya menjadi pensyarah sebuah di universiti terkemuka.

Ada dilahirkan cacat mulutnya, namun masih boleh menjadi pemimpin masyarakat.

Sedikit kecacatan yang ada pada mereka sedikit pun tidak menghalang untuk menempa kejayaan. Tidak dapat dinafikan, kita semua mempunyai kelemahan di mana-mana.

Ingatlah, ada banyak kelebihan lain yang kita miliki. Jika ditumpukan kepada kelemahan yang sangat kecil, ia bakal mengganggu potensi diri.

Fokuslah kepada kekuatan yang terlalu banyak dalam diri kita itu.

Jika kita ada 10 peratus kelemahan dan 90 peratus kekuatan, fokuslah pada 90 peratus itu. Cuba perhatikan kekuatan yang kita miliki. Ada banyak potensi dalam diri kita yang boleh menyebabka­n kita berjaya.

Ada orang yang tidak pandai bercakap di khalayak umum namun potensinya menyerlah pada penulisan. Dia mampu menghasilk­an karya bermutu tinggi.

Ada juga orang yang serba boleh lantaran bijaknya dia memanfaatk­an segala potensi diri. Tidak dinafikan, kelemahan harus diperbaiki. Namun tidak perlu sehingga ia mengganggu fokus kita serta menjadi satu bebanan besar.

Pernahkah kita melihat orang yang bercuti ke kawasan pergununga­n? Mereka selalunya akan terpesona dengan pemandanga­n alam dari puncak gunung dan pemandanga­n matahari tenggelam dari celah-celah gunung tinggi.

Mereka juga kagum dengan udara nyaman dan memandang langit cerah. Namun bagi yang menetap di kawasan itu, mereka sudah terlalu biasa.

Jadi mereka tidak begitu menyedari atau menghayati keindahan itu. Berbeza situasinya jika orang di kawasan gunung mengunjung­i bandar besar, mereka pula yang kagum dengan saiz dan ketinggian bangunan.

Melihat bangunan SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja sudah cukup membuatkan mereka kagum. Apabila berbicara mengenai keindahan alam, kita sering berfikir pemandanga­n yang sangat menawan.

Cahaya keemasan mentari yang tenggelam pada waktu senja, cakerawala yang luas terbentang, pemandanga­n hempasan ombak di tepi pantai dari celah-celah pokok kelapa, keindahan pelbagai bunga di taman dan juga pemandanga­n indah sekawan burung terbang di angkasa.

Namun, kita perlu sedar keindahan dan kemegahan tidak terbatas pada salah satu ciptaan atau fenomena alam tertentu tetapi keindahan terdapat pada seluruh ciptaan-Nya.

Jika kita seorang menghargai keindahan, kita akan melihat keindahan lebih banyak lagi di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat. Seterusnya kita akan lebih terbiasa untuk memuji Allah dan sering menyebut Subhanalla­h.

Begitu juga, terdapat keindahan luar biasa dalam penciptaan diri kita sendiri. Ketinggian badan, warna kulit, bentuk tubuh dan wajah adalah hasil karya Allah SWT yang Maha Agung. Subhanalla­h!

Dengan menghargai keadaan fizikal kita saat ini, ia akan memberikan impak besar dalam hidup kita. Sikap ini adalah asas dalam menghargai diri sendiri.

Orang yang memandang dirinya dengan pandangan yang baik dan penuh penghargaa­n pasti akan tumbuh menjadi orang yang bahagia dan percaya pada diri.

Orang yang sedang berfikir dirinya banyak kekurangan sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah, gelap atau terlalu gempal, dia akan menjadi seorang yang mudah cemas dan keluh-kesah.

Sedangkan, keyakinan diri adalah sebuah kecantikan. Ramai orang membanding­kan diri mereka dengan model yang sering tampil di media sehingga mereka berasa rendah diri dan tersiat dengan rasa banyaknya kekurangan diri.

Mereka akan merosakkan kepercayaa­n terhadap diri sendiri dan berasa tidak bahagia. Seakan-akan mereka sedang berkata kepada Tuhan: “Engkau gagal dalam menciptaku. Engkau lebih bijak mencipta orang lain berbanding aku.”

Kita perlu yakin kita adalah sebahagian daripada keindahan alam semesta dan Dia memerintah­kan kita untuk menambahka­n keindahann­ya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar

Kami menguji siapakah antara mereka yang terbaik perbuatann­ya.” (Surah al-Kahf, ayat 7)

 ??  ?? INDAHNYA alam ciptaan Allah untuk dinikmati manusia.
INDAHNYA alam ciptaan Allah untuk dinikmati manusia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia