Harian Metro

Mandi wajib untuk beribadat

-

1. Adakah seorang wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan wajib mandi?

Jika seorang wanita melahirkan anak tidak melalui jalan keluar yang biasa tetapi melalui pembedahan di perut, ia tidak diwajibkan mandi.

2. Jika seseorang wanita yang kedatangan nifas dan haid secara serentak, adakah dia diwajibkan mandi dengan niat untuk mengangkat kedua-dua hadas itu atau memadai dengan hanya niat untuk mengangkat hadas besar sahaja? Bagaimana pula jika darah nifas sudah kering dan belum sempat mandi datang pula darah haid? Perlukah dia mandi mengangkat hadas nifas dahulu sebelum mandi mengangkat hadas haid jika dia hendak mengerjaka­n solat?

Diwajibkan mandi (sekali sahaja) bagi wanita yang kedatangan nifas dan haid walaupun antara kedua-duanya diselangi dengan jarak masa yang tertentu. Bagi mereka yang hendak mendirikan solat, wajib menyegerak­an mandi sebaik darah kering.

3. Jika seorang lelaki mendapati ada kesan air mani pada tempat tidurnya sedangkan di tempat itu dia tidur bersama isterinya. Dia tidak pasti air mani siapa, apakah kedua-dua mereka diwajibkan mandi?

Kedua-duanya tidak diwajibkan mandi kerana tidak pasti siapakah antara mereka berdua yang keluar mani, cuma disunatkan sahaja kedua-duanya mandi.

Tetapi jika sekiranya si isteri sahaja yang mandi dan suaminya tidak mandi, tidak sah bagi isteri itu menjadi makmum solat di belakang suaminya.

4. Jika seorang lelaki mendapati ada cecair keluar daripada kemaluanny­a sedangkan dia tidak dapat memastikan apakah yang keluar itu mani atau wadi. Adakah dia diwajibkan mandi?

Sekiranya sekadar mengesyaki dan tidak dapat memastikan yang keluar itu mani atau wadi, dia tidak diwajibkan mandi kerana pendapat kami tidak mewajibkan seseorang itu mandi semata-mata kerana syak.

Bahkan seseorang itu dikehendak­i supaya memastikan yang keluar itu mani atau wadi.

Jika dia mendapati yang keluar itu mani, wajib dia mandi namun sekiranya dia berpendapa­t yang keluar itu adalah wadi, dia hanya perlu membasuhny­a.

- Sumber Kitab Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani dan disusun semula oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia