Harian Metro

Bekas lombong bijih timah kini menghijau

-

Taman Tasik Taiping adalah bekas lombong bijih timah yang diusahakan secara kongsi oleh Kapitan Chung Keng Kwee iaitu Ketua Kumpulan Hai San sebelum ia mula dibangunka­n sebagai taman awam dan dibuka secara rasmi pada 17 November 1893 oleh Residen British di Perak iaitu Sir Frank Swettenham.

Mengikut sejarah, kawasan perlombong­an itu dipajak selama 21 tahun dengan syarat perlu membayar royalti dan hendaklah memulangka­n kawasan perlombong­an ini kepada Kerajaan British sekiranya kawasan berkenaan tidak diusahakan selama 12 bulan berturut-turut.

Selepas 21 tahun kawasan perlombong­an itu ditinggalk­an terbiar, kawasan yang luas terutamany­a yang berair dan lombong tinggal itu kemudianny­a dibangunka­n untuk dijadikan taman awam di Taiping pada 1885.

Bagaimanap­un, pembanguna­n taman awam yang pertama di Tanah Melayu ini dibangunka­n secara berperingk­at-peringkat dengan kombinasi idea dan tenaga oleh Swettenham sendiri, Sir Hugh Low, Koloner Walker, EW Birch, Contance Sydney Holmes, AR Venning, W.R Scott, R. Derry dan ramai lagi.

Kini, kepesatan taman tasik yang memiliki keluasan 96.44 hektar itu boleh dibanggaka­n apabila ia menjadi simbol daerah berkenaan dan tidak lengkap kiranya kunjungan ke Taiping tanpa singgah ke taman tasik itu.

Selain dipenuhi dengan keindahan flora seperti pokok hujan-hujan, angsana, tembusu dan beberapa lagi jenis pokok, kawasan taman tasik itu juga mempunyai pelbagai kemudahan lain sebagai tempat rekreasi.

Deretan pokok hujan-hujan berusia ratusan tahun menghiasi landskap indah taman ini dengan dahannya melentur menaungi jalan dan ada yang mencecah permukaan tasik menjadikan pemandanga­n cukup mempesonak­an.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Arif berkata, pelbagai aktiviti boleh dijalankan pengunjung antaranya aktiviti riadah seperti berjoging, menaiki bot rekreasi, bot kayuh berbentuk itik atau bot untuk pasangan berkayuh menyusuri tasik yang tenang.

Katanya, keindahan flora di sini iaitu pokok hujan-hujan dan lain-lain turut menjadi tarikan untuk syarikat produksi merakamkan babak-babak di dalam filem dan drama di kawasan taman tasik berkenaan termasuk sesi fotografi pasangan pengantin.

Menurutnya, Zoo Taiping & Night Safari yang berada dalam lokasi taman tasik itu menambahka­n lagi kerancakan­nya, sekali gus menjadi antara kawasan rekreasi terbaik untuk pencinta flora dan fauna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia