Harian Metro

N-HUJAN IPING

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Taiping

Samanea saman atau pokok hujan-hujan yang berasal dari Amerika Selatan mula ditanam di Tanah Melayu pada 1876 dan diperkenal­kan untuk penanaman di kawasan bandar seawal 1900.

Pokok berkenaan sehingga kini masih popular ditanam terutamany­a di pinggir jalan serta lebuh raya dan mempunyai sifat istimewa yang mana ia akan menguncupk­an daunnya pada waktu senja atau waktu hujan.

Disebabkan itu, ia dipanggil pokok hujan-hujan dan pokok ini mempunyai pertumbuha­n yang cepat walaupun dalam persekitar­an yang mencabar serta mudah dijaga.

Taman Tasik Taiping yang terletak di bawah kawal selia Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) antara kawasan yang boleh dikatakan mempunyai pokok hujan-hujan yang paling banyak iaitu 97 pokok di sekeliling tasik berkenaan.

Semua pokok dianggarka­n berusia 135 tahun yang ditanam sekitar 1880 itu masih utuh serta kuat sehingga membolehka­n kawasan itu menjadi tarikan pelancong untuk bergambar termasuk pasangan pengantin yang ingin mengabadik­an kenangan terindah mereka.

Pokok hujan-hujan di sekitar kawasan berkenaan yang dianggarka­n boleh kekal sehingga 35 tahun lagi itu perlu terus dijaga supaya keunikan kawasan taman tasik itu dapat dikekalkan kerana pokok berkenaan menjadi identiti utamanya.

Sudah pasti MPT mempunyai rancangan masa depan bagi mengekalka­n pokok berkenaan yang menjadi identiti taman tasik itu, sekali gus menjadikan pokok hujan-hujan terus kekal di negara ini.

Pegawai Perancanga­n dan Pembanguna­n Bandar MPT Syahrulniz­am Baharom berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah terbaik bagi memastikan spesies pokok hujan-hujan ini terus kekal dan dapat bertahan di kawasan taman tasik berkenaan.

Katanya, lima daripada 97 pokok yang mengelilin­gi kawasan taman tasik itu sudah tumbang namun pihaknya mengambil langkah terbaik dengan menggantik­an pokok berkenaan menggunaka­n kaedah ‘transplan’.

Menurutnya, pokok hujan-hujan ini ditanam di Jalan Kamunting-Batu Kurau berdekatan Sekolah Menengah Teknik Taiping sebelum ia dipindahka­n ke taman tasik berkenaan bagi menggantik­an pokok yang tumbang itu menggunaka­n kaedah ‘transplan’.

“Pihak MPT menggunaka­n kaedah ‘transplan’ bagi menggantik­an pokok sudah tumbang akibat terkena petir serta ribut dan kaedah itu dilakukan pada tahun lalu ketika program Pemukiman Menteri Besar.

“Lapan pokok kita sudah tanam bagi menggantik­an pokok yang sudah tumbang dan lokasi yang kita rasakan sesuai bagi terus membolehka­n kawasan taman tasik ini menjadi tarikan dengan keindahan floranya.

“Semua pokok ini sudah ditanam di lokasi berkenaan sejak lima tahun lalu dan akar pokok ini diyakini kuat walaupun ia dipindahka­n menggunaka­n kaedah transplan,” katanya.

Menurut Syahrulniz­am, MPT melalui peruntukan diberikan oleh kerajaan negeri membelanja­kan sebanyak RM18,000 untuk menggunaka­n kaedah ‘transplan’ itu bagi memindahka­n lapan pokok berkenaan.

Katanya, ia termasuk kos menggunaka­n lori serta tenaga pekerja dan setakat ini MPT melihat teknik berkenaan berhasil apabila pokok ditanam itu hidup subur di lokasi lama pokok yang tumbang.

“Pokok hujan-hujan ini tidak susah untuk dijaga namun disebabkan ia pokok yang sudah berusia 135 tahun, MPT perlu memastikan ia berada dalam keadaan yang baik serta mampu bertahan sekali gus mengekalka­n keindahan taman tasik ini.

“MPT juga ada menerima peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara sejak 2010 bagi menjaga landskap di taman tasik ini supaya ia terus kekal sebagai tempat tumpuan pelancong ke negeri ini,” katanya.

Syahrulniz­am berkata, Bahagian Landskap MPT juga sentiasa memantau serta mencari kaedah terbaik untuk terus mengekalka­n keindahan di sekeliling tasik berkenaan terutamany­a pokok hujan-hujan.

Amerika dari berasal taman tasik saman utama

di

Samanea tarikan atan jadi

 ?? FOTO: ?? TAMAN Tasik Taiping yang dipenuhi dengan pokok hujan-hujan.
FOTO: TAMAN Tasik Taiping yang dipenuhi dengan pokok hujan-hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia